Baju kurung mestilah sutera Itali
Sebenarnya ini bukan cerita fantasi
Elakkanlah dari bermegah-megah
Keris Silau
19 saksi dipanggil Pendakwaraya
Tapi nampak macam memihak peguambela
Tidak ada bukti yang kukuh dan nyata
“No chain of evidence” lawyer kata
Tidak ada bahan bukti bunuh Altantuya
Semacam kes pembunuhan Norita
Bahan letupan C4 tak boleh jumpa
Kalaulah C4 yang mereka guna
Untuk membunuh si Altantuya
Murder weapon tak ada dan tak jumpa
Tertuduh pun tak pandai bom saksi kata
Rekod masuk peluru pun juga tak ada
Tertuduh buat pengakuan berwasangka
Dengan pegawai yang 7 pangkat tinggi darinya
Budak law di “u” pun tahu tak leh terima
Persaksian under duress secara terpaksa
Oleh itu wahai juri yang bijaksana
Disebalik baju yang menutupi wajah mereka
Mungkin tersenyum sebab tu ditutupi muka
Besar lagi senyuman Razak AlBaginda
Rasa-rasa mahkamah buat sandiwara
Sharibuu pun dah balik Mongolia
Begitu juga saksi-saksi yang besar kacamata
Sistem CCTV pun guna teknologi lama
Gambar Sirul sekejap ada sekejap tiada
Pendakwaraya pun nampak bersahaja
“Not very incriminating” dari lapuran berita
Tak logik bergaduh Karpal dengan Pendakwa
Sepatutnya mereka bersekongkol bersama
Berhentilah perbicaraan jangan buang masa
Buang karan dan habis duit rakyat saja
Dan semua di atas saksi-saksi pendakwaraya
Belum lagi keluar saksi-saksi pembela
Sekarang Nuri pun terhempas maklumlah dah lama
Jadi selepas habis siasat-bicara
Al Baginda boleh pergi ke negeri Russia
Untuk negotiate beli helikopter pula
Dan boleh cari baru punya translator yang lawa
Untuk menggantikan mendiang Altantuya.
Keris Silau
Dengan Uzbek kena lima
Sama juga dengan China
Dengan Iran entah banyak mana
Lima terngiang-ngiang di telinga
Sedih tengok pasukan Malaysia
Geram pun ada marah pun ada
Ramai peminat hampa dan kecewa
Maki hamun dengan kata nesta
Tidur bola makan bola
Baling botol Coca-Cola
Nasib baik tak pecah kepala
Terpaksa akur Tengku Mahkota
Begitu juga Dato Berahim setiausaha
Yang lain pun akan menyusul juga
Cuma Presiden masih sayang takhta
Eloklah kalau lafaz talak tiga
Bagi orang lain pula jaga
Bagi orang yang pandai selok-belok bola
Professional tanpa campurtangan istana
Tanpa ahli politik yang tak pernah pegang bola
Hands-off Footbal Association of
Ahli politik lebih baik fokus pilihanraya
Bukan begitu wahai Cik Azalina
Kita harap dapat improve ranking dunia
Sekarang nombor 149 baik sikit dari Nicaragua
Tapi bawah dari Indonesia dan Singapura
Atau negara miskin seperti Bostwana
Lihat Bahrain rakyat tak sampai satu juta
Boleh kalahkan gergasi seperti Korea
Jangan bagi alasan saiz pemain kita
Cuba tengok bintang seperti Maradona
Bukan tinggi dan besar mana
Tapi seorang yang lincah cukup berbisa
Nak main bola makan pun kena jaga
Kalau asyik makan roti canai dan roti jala
Minum Power Root atau teh herba
Cuma boleh bertahan separuh masa pertama
17 July 2007
Dalam perjalanan nak pergi kerja
Maya Karin tersenyum manja
Sambil itu dia kata kat saya
Dengan Celcom anda berkuasa
Saya hairan terpinga-pinga
Apa yang buat saya berkuasa
Bolehkah saya memiliki dia
Apa yang dimaksudkan berkuasa
Saya cuma pekerja biasa
Kerja pula dekat kilang swasta
Gaji sikit tidaklah seberapa
Nak makan roti canai kawan belanja
Sebab mamak sudah naikkan harga
Dulu tujuh kupang sekarang seringgit dua
Itulah harga terbaru di Restoran Pelita
Habis kuasa apa yang dimiliki saya
Sampai ke hari masih jadi tandatanya
Bukan setakat berkuasa memiliki Maya
Malah kami belum pernah berjumpa
Tapi hari-hari dia senyum kat saya
Dengar kata dia sudah ada yang punya
Nama dia mula dengan huruf Ka
Tapi itu desas-desus internet punya cerita
Kita bukan boleh percaya
Tapi kadang-kadang ada logik juga
Sebab bini dia tak lah lawa
Tapi anak pembesar negara
Jadi Ka tersepit antara cinta dan cita-cita
Terlepaslah Maya Karin kat saya
Habis tu apa dia yang berkuasa
Berkuasa membuat panggilan rasanya
Berkuasa untuk berSMS di mana jua
Kalau macam tu tak yah suruh Si Maya
Termpampang wajah artis pujaan saya
Di simpang jalan dan dilebuhraya
Celcom buang karin aja!
31 Mei 2007
Karya-karya Keris Silau merupakan tulisan yang menyentuh isu-isu kontemporari seperti politik, kemasyarakatan dan Islam. Setiap karya yang dihasilkan Keris Silau ialah dengan tujuan membawa mesej kepada pembaca dengan cara genre gurindam yang sinis tetapi menghiburkan! Karya-karya Keris Silau kadangkala dicampur adukkan bahasa. Saya ingin memohon maaf kepada pejuang bahasa kerana kadang-kadang semasa menulis saya tidak menjumpai bahasa yang lebih tepat untuk menggambarkan sesuatu.