Thursday, May 03, 2012

Duduh Bantah Pun Dibelasah

Ramai duduk bantah
Walaupun ada perintah
Yang tua atau masih mentah
Tahan tendang dan belasah
Tiada lagi jamuan popia basah
Seperti Bersih yang sudah-sudah
Yang ada jamuan gas terak merah
Akibatnya mata pedih dan muntah-muntah
Sesak dada rasa macam nak rebah

 Kita cuma mahu duduk bantah
 Semua dijemput parti mana tak kisah
Ada artis ada tok guru ada pensyarah
Ada kulit sawo matang ada kulit cerah
Ada bekas menteri ada anakcucu Hasmah
Ada lelaki perempuan ada tengah-tengah
Inilah dia satu Malaysia sejuta wajah
Bukan pandai slogan tapi assobiyah
Mahu duduk didataran yang bersejarah
Namun Fuad buat macam dia punya tanah
Bukankah dulu diguna bantah penjajah
Adakah British letak kawat besi berdarah
Adakah British dapat perintah mahkamah

Walaupun dapat perintah mahkamah
Rakyat masih mahu duduk bantah
Halangan pemerintah tidak diendah
Hak yang termaktub dalam khazanah
Bukan mahu gulingkan pemerintah
Cuma mahu pilihanraya bersih beramanah
Satu tuntutan yang begitu mudah
Tidak ada isu penipuan dan rasuah
Tiada pengundi yang dapat IC merah
Tak percaya pergi tinjau di Sabah
Adakah kita sudah lupa kes Mismah
Dapat kerakyatan begitu mudah
Syaratnya BN mesti dipangkah
Jual negara untuk kekal memerintah

Memang tak patut kena belasah
Orang asing dapat banyak faedah
Kita pula kena gas bedebah
Kalau pukul pun patut-patut lah
Jangan deming sampai berdarah
Pukul macam dirasuk syaitan amarah
Besar mana mereka buat salah
Cuma mahu duduk dan bantah
Bukan bunuh atau rogol amah
Bukan curi duit rakyat buat umrah
Curi duit rakyat beli kondo mewah
 Bukan pukul pengawal yang lemah
Bukan berbiliun pecah amanah
Bukan gangster pecah rumah
Bukan tayang gambar lucah

 Fikirlah kita semua makhluk Allah
Jangan ingat anda kuat dan gagah
Malaikat maut pasti akan singgah
Malaikat catat walau sebiji zarah
Akan dipratonton di yaumul qiyamah
Tunggulah pembalasan dari Allah.

 Keris Silau
3 May 2012