Thursday, August 30, 2007

Negara Islam Ada Hari

Abdullah Gul is a new president for Turkey
Western media claim it may cause controversy
Since Turkey is a secular country
Headscarf is no-no for First Lady
Gul's wife wears hijab since primary

Malaysia claims to be an Islamic country
But the recognized version is Islam Hadhari
The version where the headscarf is not necessary
As you all can see
In case of Jean A. Badawi
A wife to the Perdana Menteri
The founder of Islam Hadhari

Leader needs to be an exemplary
The good leader is like our baginda Nabi
He is humble and despised luxury
He disallowed his children to take the money
Even though he was caretaker to the Treasury
No family members get any priority
The daughter Fatimah lived in poverty
Nabi died without owning any asset or property
No, he doesn’t have any property oversea
Nor he has any award like Tun or Tan Sri
Nor any building is named after him or his family
He is the man with compassion and piety

So how to compare ourselves with Nabi
Malay proverb said macam langit dengan bumi
Yes we can write a poem like Damai Abadi
Quotes kita bongkar rahsia kitab suci
And again kita bongkar rahsia sunnah nabi
So when are you going to do that Mr. Badawi?

Keris Silau
August 29, 2007

Thursday, August 23, 2007

Malaysia Mengidap Barah Stage 4

Nabi sudah beri kita nasihat
Kalau letak orang salah tempat
Terimalah bahana dan akibat
Walaupun cukup empat sifat
Tapi kalau tak amanah dan kuat
Lingkup habis satu syarikat
Rasuah sudah parah dan melarat
Mengalir dalam darah yang pekat
Nak hidup bergaya dan mengebat
Nak ada gelfren yang berambut karat
Yang pakai baju singkat-singkat
Walaupun ada niat ya qadzial hajat
Jenuh nak puaskan nafsu shawat
Terpaksalah buat kerja musibat
Seleweng harta dan duit rakyat
Tak ingat lagi siksa di akhirat
Bila dah mula start buat
Kepala otak pikir nak sebat
Halal haram dah tak ingat
Sekali-sekala bagi derma kilat
Untuk mengelabui mata masyarakat
Kononnya dia ni pemurah sangat
Ingatlah duit haram tak akan berkat
Siksa makan duit haram amat berat
Di dunia kita boleh lepas dan selamat
Tapi di akhirat daging kita kena siat-siat
Masa tu menyesal pun dah terlambat
Dah tak boleh nak bertaubat
Dah tau buat kenalah terima akibat
Oleh itu wahai ikhwah dan akhawat
Sebelum mati atau sebelum terlewat
Elok berhentikan dan segera bertaubat
Tak kira pegawai atau peon pejabat
Tak kira orang biasa atau Yang Berhormat
Tak kira pemimpin negeri atau pusat
Tak kira yang gaji kecil atau berpangkat
Makan rasuah tak akan selamat
Hancur negara dek rasuah yang melarat
Hancur negara bila dah jadi budaya masyarakat
Keris Silau
21 August 2007

Wednesday, August 15, 2007

R.A.H.M.A.Nazrin

Mat Tyson bagi cadangan dan amaran
Akan menggunakan akta hasutan
Kalau tulis pasal agama dan hina Sultan
Termasuklah mereka diperantauan
Belajar di luar atau cari pengalaman
Mereka akan diambil tindakan
Termasuk dilucutkan kewarganegaraan
Sebab adalah menjadi kesalahan
Mereka yang cuba gugat perpaduan
Ini kartun punya cadangan
Bangun dan cium bunga taik ayam
(Wake up and smell the roses)

Kenapa Mat tiba-tiba buat cadangan
Web dan blog tumbuh macam cendawan
Sejak dunia diistiharkan tanpa sempadan
Sejak Tun M punya zaman pemerintahan
Rakyat marah dengan penipuan
Rakyat marah dengan penyelewengan
Rakyat mahu menuntut keadilan
Rakyat sudah bosan dengan pucuk pimpinan
Hanya retorik dan bagi pelbagai alasan
Kenapa Mat baru sekarang bagi cadangan
Ya semua mungkin dah tau jawapan
Piliharaya dalam masa tiga atau lima bulan
Mereka sudah kecut dengan pendedahan
Mereka juga risau hilang kedudukan
Mereka dengki dengan RPK punya kepopularan

Namun kita ada beberapa persoalan
Siapa yang sebenarnya hina agama dan Sultan
Siapa yang bangkitkan isu kesultanan
Memalukan sultan awal tahun 90an
Semua cerita keluar Berita Harian
Siapa yang bawa lari anak Sultan
Walaupun kawin masih buat penafian
Orang macam ni elok dilucutkan jawatan
Jadi liabliti aja sebagai Ketua Penerangan
Dan juga kepada negeri Darul Ehsan

Sebenarnya rakyat sudah begitu bosan
Dengan poli taik ciptaan barisan
Ramai sudah jelek dengan keangkuhan
Ramai yang benci penafian demi penafian
Ramai sudah tidak yakin dengan pucuk pimpinan
Sebab tu ramai sokong raja muda dan sultan
Yang nampak lebih meyakinkan
Terutama yang menyentuh bab perpaduan
Dan juga bab rasuah dan penyelewengan
Good governance dan keberkesanan
Ini seolah-olah memberi satu harapan
Kerabat diraja yang membawa pembaharuan
Yang sebelum ini lebih suka keselesaan
Dan lebih berat memihak barisan
Maka itu kita tidak berasa hairan
Jikalau rakyat mahu PM dari kalangan sultan.
Maka ini memperkuatkan lagi teori RAHMAN.

Keris Silau
15 August 2007

Thursday, August 09, 2007

Islam itu Mudah (Siri 4)

Tapi kenapa kursus haji begitu lama
Sampai berbulan-bulan lamanya
Kan menunaikan haji senang saja
Kadang-kadang apabila ditanya
Bila nak tunaikan rukun kelima
Ada orang jawab kurang bersedia
Sebab apa kurang bersedia
Belum hadiri kursus lagi katanya
Memayahkan ibadah menjadi punca
Atau belum hafal doa-doa
Doa-doa tawaf ini ciptaan siapa
Sebab nabi tak baca doa yang sama
Ini semua sebenarnya nak niaga
Ustaz pun nak cari makan juga
Terbit buku panduan haji dan doa
Kalau tak ikut apa yang dikata
Maka tak sah haji tak dak pahala
Tahun depan kena ikut pakej saya

Sekarang semua main pakej aja
Pakej mati pun sudah ada
Cuma talipon aja semua tersedia
Tak yah gaduh nak cari sapa
Gali kubur siap bersama talqin di pusara
Solat jenazah pun ada profesional punya
Cuma bagi tahu nak perabis berapa
Kenduri arwah malam pertama kedua ketiga
Batu nisan pun masuk pakej juga
Semua akan disusun ikut harga semasa
Ini siapa pulak yang pandai reka
Padahal mati dalam Islam mudah saja
Kalau orang yang susah macam mana

Islam diturunkan untuk semua
Tiada hak eksklusif untuk sesiapa
Islam bukan orang Melayu punya
Masuk Islam tak payah tukar nama
Yang ini tolong dengar pejabat agama
Tolonglah jangan memaksa
Ustaz Awang tu nama Islam ka
Jadi jangan sangat beriya-iya
Jangan paksa ikut kita punya budaya
Seperti kena pakai baju teluk belanga
Atau bersampin semasa Hari Raya
Atau suruh kawan tu duduk bersila
Jangan memelayukan kawan kita
Yang penting ialah mengenali Pencipta
Perkukuhkan aqidah kepada Allahutaala

Keris Silau
8-8-07

Tuesday, August 07, 2007

Setelah 100 tahun Merdeka

Aku dibawa menaiki seekor kuda
Kuda terbang membawaku ke sebuah negara
Aku nampak negara itu di sinari cahaya
Cahaya menerangi negara Malaysia
Di kala itu perayaan 100 tahun merdeka
Perdana Menteri membaca Ucap Utama
Katanya rakyat Malaysia harus berbangga
Kerana Malaysia bersih dari segala gejala
Gejala rasuah peninggalan datok nenek kita
Telah dapat dibenteras dengan kerjasama semua
Disebut satu-satu perasuah-perasuah ternama
Aku cuma kenal beberapa nama
Di kala itu BPR bebas dari telunjuk siapa-siapa
BPR tidak pilih ikan sebesar mana untuk didakwa
Ikan bilis atau ikan jerung sama sahaja
Ikan yang guna kuasa dan kedudukan pun kena
Hatta ikan yang suruh Kastam pejam sebelah mata

Sebelum merdeka di adakan pilihanraya
Setiap parti dibenarkan menggunakan media
Tarikh pilihanraya sudah tetap kejutan tiada
Parti yang terbesar ialah parti berbilang bangsa
Parti berasaskan kaum tak dapat diterima
Oleh rakyat yang semakin cerdik dan bijaksana
Politik sempit sudah berkubur di pusara
Sebelum pilihanraya diadakan debat perdana
Tiada kecaman peribadi macam zaman kita
Pengundi-pengundi hantu sudah meninggal dunia
Ahli parlimen pun nampak hebat-hebat juga
Tiada lagi macam MP yang hina wanita
Atau yang suka jerit bodoh di dewan yang mulia
Atau MP yang jawab Tak Tau kepada pemberita
Atau MP yang salahkan Tuhan apabila banjir melanda
Atau MP-MP yang berperangai macam kera

Aku lihat ramai sungguh remaja
Bukan di tempat hiburan tetapi di mana ya?
Kalau zaman ku tentu Akademi Fantasia
Oh rupanya di padang universiti Malaya
Menikmati kebebasan untuk bersuara
Tiada lagi akta kolot yang mengokong mereka
Pensyarah juga nampak turut serta
Aku Janji sudah ditong sampah rasanya
Pelajar begitu kreatif dan selalu bertanya
Tak sama seperti pelajar zaman PM kelima
Pelajar masa tu terkongkong tak berani bersuara
Cuma dikerah belajar untuk lulus periksa
Bukan untuk memenuhi ilmu di dada

Dan nampaknya pelajar begitu mesra
Tidak kira yang Melayu Cina atau India
Belajar dan bermain sama-sama
Tak dapat aku membezakan mereka
Zaman ku polarisasi begitu ketara
Berkelompok dan tidak bertegur sapa

Oh alangkah indah negara Malaysia
Rakyat hidup dengan aman sentosa
Malaysia antara negara yang maju didunia
Indeks jenayah antara terendah di dunia
Sudah lengang dan kosong penjara-penjara
Tiada lagi tahanan ISA di Kemta
Tak masuk akal tahan tanpa bicara
Satu akta yang zalim dibuat oleh manusia

Begitu hebat prestasi sukan negara
Begitu juga pasukan bolasepak Malaysia
Mereka terunggul dan menjulang Piala Asia
Tidak seperti zaman ahli politik pegang kuasa
Masa tu kita kena sepak dengan China dan Korea
Bukan setakat tu malahan kalah dengan Singapura

Oh hebat dan jaguh negara kita
Ramai orang kaya tetapi pemurah sentiasa
Sedang aku tersenyum dan ketawa
Tiba-tiba aku bangun dan terjaga
Oh aku mimpi rupanya!!

Keris Silau
7 August 2007

Friday, August 03, 2007

Antara Angan-angan dan Hakikat

Pilihanraya sudah semakin dekat
Tiap-tiap minggu ada mesyuarat
SPR pun sudah edar surat-surat
Untuk pekerja SPR setiap tempat
Yang belum daftar masih sempat
Daftar cepat sebelum terlambat

Seperti biasa kempen diperhebat
Dari kampung hingga ke pejabat
PAS berceramah dan zikir munajat
Supaya kali ni Kedah boleh dapat
Kelantan tak cicir terus terlekat
Teganu susoh seket sebab doh karat
DAP dan PKR dah pun sepakat
Nak tawan Penang dan pantai barat
Nana Non nak jadi CM yang keempat
Dari DPM ke CM turun pangkat

Tapi kita cuma boleh angan-angan
Bukan senang nak jatuhkan Barisan
Besar, teguh dan berwawasan
Rakyat pasti memberi sokongan
Walaupun dicemari penyelewengan
Walaupun setengahnya tak dak pelajaran
Cakap Bahasa Inggeris slang Hindustan
Kena tangkap bawa wang lebih muatan
Lepas tu bawa lari anak dara Sultan
Walaupun menjatuhkan moral perempuan
Kata wanita bocor tiap-tiap bulan
Sapa lagi kalau bukan jasin dan kinabatangan
Walaupun jelas menggunakan kedudukan
Guna AP untuk mengaut keuntungan
Itu semua dosa kecil boleh diampunkan

Ya memang susah kalahkan Barisan
Rakyat kita sangka baik dengan kerajaan
Harganya cuma kain pelikat dan turap jalan
Masuk tv hari-hari lebarkan senyuman
Gambar poster pakai songkok bukan serban
Nanti nampak macam imej Taliban
Kena nampak segak dan tampan
Puteri akan dikerahkan ke semua kawasan
Untuk pastikan mokcik-mokcik undi Barisan
Manakala Gagak Hitam juga akan main peranan

Memang susah pembangkang kalahkan Barisan
Dia orang ada machinery dan kukuh kewangan
Kita nak deposit pun hutang kawan-kawan
Tak boleh minta kat Nana Non atau Kak Wan
Tapi disebalik banyak halangan dan rintangan
Intimidasi dan ugut guna ISA dan akta hasutan
Namun begitu Lawan tetap Lawan!

Keris Silau
2 August 2007