Tuesday, March 20, 2012

Mudah Sangat Terpedaya

Musim Pilihanraya sudah tiba
Seronok pelajar-pelajar India
PM janji bagi kamu biasiswa
Bila nak bagi kat pelajar Cina
Oh ya pelajar Cina sudah kaya
Yang betul Cina tak mau undi dia
Mungkin kerana dia sayang Perkasa
NGO paling rasis di angkasa

Orang Asli pun dijanji berjuta-juta
Dia mau anak orang asli berjaya
Peguam ahli politik doktor dan jurutera
Sejak bila ahli politik itu jadi cita-cita
Mungkin sejak Adam Adli jadi juara

Banyak lagi tawaran istimewa
Sempena PRU13 yang akan tiba
Saham dan cash untuk warga Felda
Bukan Mawi anak Felda saja boleh kaya
Orang gomen naik gaji semua
Dari Ketua Pengarah hingga pekerja biasa
Dengar RM500 akan diberi kali kedua
Selain daripada saham SARA 1 Malaysia
Para pekerja dijanjikan gaji minima
Tol pula dimansuhkan dilaluan utama

Tak larat aku nak senaraikan semua
Banyak sungguh duit ni mai mana
Tak dengar pula ada orang mengata
Hasil judi dari syarikat tikam lumbakuda
Sesambil tu dia ambik sikit buat belanja
Belanja nak buat kenduri-kendara
Bukan apa nak sambut bakal mertua
Bukan nak belanja makan mi segera
Kenalah order dari hotel Shangrila
Tak banyak bil lebih kurang setengah juta
Dan RM80K untuk harijadi orang dah tua
Itu tak termasuk kenduri arwah Altantuya
Dan duit main masak-masak kat Permata
Dan juga kumpulan poco-poco Putrajaya
Yang akan melawat Oman dan Saudi Arabia
Serta tempahan 65 pasang baju dari Australia
Itulah kehidupan yang amat sederhana!

Keris Silau
19 March 2012

Politik Kesenangan

Barisan akan buat apa saja
Untuk mengekalkan kuasa
Mana bisa serahkan harta
Kalau mau menang hilang berjuta
Sanggup hilang wang berjuta
Suap rakyat bawahan gula-gula
40% dari pengundi dapat merasa
Sudah melebihi dua pertiga
Cukup untuk kekal berkuasa
Cukup senang untuk memperdaya
Mereka tidak mengerti bom berjangka
Tambahan beban hutang negara
Yang berada ditahap bahaya
Sudah 500 billion jumlahnya

Di Greece rakyat hidup sengsara
Mengapa mereka sengsara
Beban hutang setinggi Himalaya
Negara ranap hancur jadinya
Jatuh teruk matawang mereka
Cuba bayangkan jatuh Ringgit Malaysia
Inflasi akan melonjakkan harga
Duit dalam bank susut nilainya
Ringgit sudah tidak ada harga
Dulu seringgit boleh beli roti perata
Kini seringgit cuma boleh beli kuahnya

Mereka bagi disini kutip disana
GST diperkenalkan selepas pilihanraya
Kadar tol kadar elektrik "dikaji semula"
Nak marah pun tak ada gunanya
Nasi sudah jadi bubur asyura
Senang sangat kamu diperdaya
Beri mandat untuk terus berkuasa
Kuasa untuk kumpul lagi banyak harta
Perasuah dan kroni bergelak ketawa
NFC akan diklonkan berlipat ganda
Projek bela lembu dan bela unta
Projek naik taraf jalan dan lebuhraya
Berbelanjalah sakan si Bik Mama
Beli berlian beli kain sutera

Tolong sedarkan rakyat segera
Mereka sedang dirasuah gula-gula
Ini akan menambah hutang negara
Kita takut tak dapat selamat semula
Lihat apa yang dibuat si Nanda
Dia mula menjual saham-sahamnya
Mungkin dia tahu sesuatu benda
Jangan asyik mimpi tawan Putrajaya
Politik kesenangan strategi akhir mereka

Keris Silau
20 March 2012

Tuesday, March 13, 2012

Maaf tetapi sudah terlambat

Maafkan kami wahai rakyat
Selagi nyawa dikandung hayat
Maaf atas kesalahan yang dibuat
55 tahun jadi kerajaan pusat
Banyak benda yang disebat
Oleh kami dan kawan rapat
Duit cukai dan duit zakat
Kau ingat bertambah berkat
Jalan pintas menuju akhirat
Disana ditunggu para malaikat
Siapkan diri anda untuk disebat

Maafkan kesilapan yang dibuat
600 juta sebenarnya nak dibagi empat
Tapi Altantuya minta banyak sangat
Itu sebab terpaksa kami guna C-Empat
Maka berkecai seluruh tubuh mayat
Si Baginda pun sudah bertaubat
Tinggalkan yang dua UTK merempat
Tapi muka berdua selalu tutup rapat
Apa jadi menjadi bualan hangat

Maafkan kami memang tidak berniat
Hendak beli kondo mewah dan supermart
Tapi apakan daya tak tahan daulat
Soft loan masuk laju melalui kak Jat
Projek daging segar jadi daging liat
PKR dan DAP asyik dedah maklumat
Elok kak Jat pergi umrah kali ke empat
Tenangkan diri menunaikan ibadat
Nanti balik lepaskan dendam kesumat
Sinting lengan baju dan kain kena angkat
Tunjuk penumbuk dekat Pakatan Rakyat
Karier politik kak Jat semakin tenat
Bila-bila masa boleh tamat
Jangan lupa bayar balik duit rakyat

Inilah dia cerita sebuah hikayat
Setelah memerintah hampir sedekad
Walaupun bina lebuhraya dan jejambat
Jalan yang jauh jadi dekat
Walaupun bina menara kembar 88 tingkat
Jadi mercu negara yang hebat
Namun disebalik projek mega kebanggaan rakyat
Banyak penyelewengan yang tersirat
Akhirnya mereka mohon maaf kepada rakyat
Dan ada juga yang mengungkit kebaikan yang dibuat
Kita maafkan mereka tetapi sudah terlambat
Untuk kita serahkan mereka satu lagi mandat
Biar mereka rasa keperitan kehidupan rakyat
Arab Spring mengajar kita kuasa rakyat
Apakah kita masih mahu tunggu dan lihat?

Keris Silau
7 March 2012

Drama Makcik Bollywood

Kata PM betul dan tepat
Perletakan jawatan kak Shahrizat
Menteri Wanita dan Masyarakat
Sebenarnya cuma kontrak tamat
Status senator tamat bulan empat
Jadi letak jawatan kurang tepat
Cuma senatorship yang tamat
Kalau sambung juga marah rakyat

Bukan kak Jat kata dia tak bersalah
Habis mengapa menyerah kalah
Hingga sinting baju muka merah
You know who I am marah-marah
Proud to be anak mami cikMah
Bunyi macam tajuk buku hadiah

Maslan kata ikut emak Nurul Izzah
Walaupun Anwar didapati bersalah
Presiden masih dipegang Azizah
Menteri ni poyo dan fikiran rendah
Golongan yang mempunyai otak lemah
Sorry kenyataan begini buat aku marah

Habis siapa pengganti Chombi
Elok juga bagi kat si Khairi
Lamanya tunggu nak jadi menteri
Lepas ni dia ambil alih Puteri
Ada yang bagi cadangan Umi
Kakak kepada Aswan Ali
Oh tak kuasa aku geli
Atau bagi yang teringin jadi MB
Sapa lagi kalau bukan siKayu Jati

Lepas ni kak Jat boleh berniaga
Jual daging lembu kat Sangrila
Bagi makan kak Mah punya mertua
Wagyu beef dan scallop bersalut lada
Dihidang kepada tetamu luarnegara
Makanan yang layak untuk raja-raja
Habis tu hantar inbois kat Putrajaya
Kos RM500 untuk satu kepala
Tunggu lapuran Ketua Audit Negara
Nak jamu keluarga bakal mertua
Mana boleh Menu Rakyat 1Malaysia
Itu layak untuk rakyat macam kita
Bukan nak bagi makan nasi dalca
Teh tarik dan kueh talam dua muka

Akhirnya suami kena dakwa
Beli kondo harga berjuta-juta
Bawa keluar duit berjuta-juta
Bukan dulu ada orang yang kata
Khairi dan Mohidin kata tak mengapa
Beli kondo banyak lembu nak jaga
Tapi hari ni itu jadi dakwaan pertama
Mana hangpa semua nak letak muka
Tapi Syed Cheras kata depa main drama
Makcik Bollywood dan lembu-lembunya

Itulah kisah dinegeri antah-berantah
Bila dengar rasa macam nak muntah
Negeri yang penuh cerita rasuah
Ditakdirkan kalau pakatan memerintah
Untuk menentukan bersih dan amanah
Menteri dilarang terima habuan atau hadiah
Tak mau dengar lagi cerita pecah amanah
Selain dari cerita menteri rogol amah
Ahli keluarga dilarang dapat tender atau tanah
Kalau masih ada menteri makan rasuah
Kita bawa dan dakwa dia di mahkamah
Kita akan tulis dalam suratkhabar dan majalah.

Keris Silau
13 March 2012

Monday, March 05, 2012

Maafkan Kami

Cukup Sampai Disini

Maafkan kami maafkan kami
Kami sedar kesalahan kami
Kami perompak dan pencuri
Dari kayu balak hingga kayu jati
Bijih timah hingga bijih besi
Tanah Melayu dan tanah orang asli
Tahi minyak dan gas asli
Di offshore atau di perut bumi
Ringgit dan matawang luar negeri
Memang banyak kami bawa lari
Bertan-bertan dan berlori-lori
Disimpan di Swiss dan di Itali
Kami juga beli kondo di oversea

Maafkan kami maafkan kami
Dari hujung rambut ke hujung kaki
Bukan niat kami mahu mencuri
Cuma simpan untuk dua tiga generasi
Anak-anak kami minta itu dan ini
Nak kereta Buggati dan Masserati
Tak mau pakai Toyota atau Myvi
Pilih pula isteri-isteri yang suka LV
Birkin Channel Hermes atau Fendi
Bonia dan Coach depa rasa geli
Berlian lebih besar pada jari
Kena custom made bukan beli digaleri
Fanta tak minum nak minum Brendi
Satu rumah mau empat lima orang gaji
Hidup serba mewah kelas tersendiri

Maafkan kami maafkan kami
Kami bukan cuba bersembunyi
Kami buat penuh dengan transparensi
Dengan dasar yang dinamakan DEB
Atau yang terbaru program transformasi
Kabinet luluskan dan ada cap jari
Kami salurkan di setiap daerah mengundi
Kami buat stadium dan masjid negeri
Ada yang runtuh ada yang masih berdiri
Kami juga bagi RM500 pada bulan Februari
Supaya mereka boleh hidup berdikari
Duit buku duit sekolah duit mengaji
I help you, you help me
Itu menjadi cogankata kami
Kalau tidak kami tak salur subsidi
Lihat Kelantan jalan lubang sana sini
Negeri termiskin disebabkan tak sokong kami

Maafkan kami maafkan kami
Bagi pihak Gerakan MCA dan MIC
Yang melingkup dengan PKFZ
Yang merampok tol PLUS Elite NKVE
Di Cheras di Juru dan di Sungai Besi
Yang award cash cow kepada IPP
Menyumpah rakyat bayar bil TNB
Dan tak lama lagi menyumpah GST
Macam mana entah MAS boleh rugi
Habis lagi berbilion duit KWSP
Tak cukup boleh sapu Tabung Haji

Maafkan kami maafkan kami
Kami tak mau buat lagi
Kami tak mahu teruskan korupsi
Kami tak mahu bagi kroni
Kami bagi power lebih sikit MACC
Tolonglah tolonglah undi kami
Maka apa jawapan saudara saudari
Peeeeeeeeeeerrrrrrrrah cukup sampai disini.

 
Keris Silau
5 March 2012