Monday, March 05, 2012

Maafkan Kami

Cukup Sampai Disini

Maafkan kami maafkan kami
Kami sedar kesalahan kami
Kami perompak dan pencuri
Dari kayu balak hingga kayu jati
Bijih timah hingga bijih besi
Tanah Melayu dan tanah orang asli
Tahi minyak dan gas asli
Di offshore atau di perut bumi
Ringgit dan matawang luar negeri
Memang banyak kami bawa lari
Bertan-bertan dan berlori-lori
Disimpan di Swiss dan di Itali
Kami juga beli kondo di oversea

Maafkan kami maafkan kami
Dari hujung rambut ke hujung kaki
Bukan niat kami mahu mencuri
Cuma simpan untuk dua tiga generasi
Anak-anak kami minta itu dan ini
Nak kereta Buggati dan Masserati
Tak mau pakai Toyota atau Myvi
Pilih pula isteri-isteri yang suka LV
Birkin Channel Hermes atau Fendi
Bonia dan Coach depa rasa geli
Berlian lebih besar pada jari
Kena custom made bukan beli digaleri
Fanta tak minum nak minum Brendi
Satu rumah mau empat lima orang gaji
Hidup serba mewah kelas tersendiri

Maafkan kami maafkan kami
Kami bukan cuba bersembunyi
Kami buat penuh dengan transparensi
Dengan dasar yang dinamakan DEB
Atau yang terbaru program transformasi
Kabinet luluskan dan ada cap jari
Kami salurkan di setiap daerah mengundi
Kami buat stadium dan masjid negeri
Ada yang runtuh ada yang masih berdiri
Kami juga bagi RM500 pada bulan Februari
Supaya mereka boleh hidup berdikari
Duit buku duit sekolah duit mengaji
I help you, you help me
Itu menjadi cogankata kami
Kalau tidak kami tak salur subsidi
Lihat Kelantan jalan lubang sana sini
Negeri termiskin disebabkan tak sokong kami

Maafkan kami maafkan kami
Bagi pihak Gerakan MCA dan MIC
Yang melingkup dengan PKFZ
Yang merampok tol PLUS Elite NKVE
Di Cheras di Juru dan di Sungai Besi
Yang award cash cow kepada IPP
Menyumpah rakyat bayar bil TNB
Dan tak lama lagi menyumpah GST
Macam mana entah MAS boleh rugi
Habis lagi berbilion duit KWSP
Tak cukup boleh sapu Tabung Haji

Maafkan kami maafkan kami
Kami tak mau buat lagi
Kami tak mahu teruskan korupsi
Kami tak mahu bagi kroni
Kami bagi power lebih sikit MACC
Tolonglah tolonglah undi kami
Maka apa jawapan saudara saudari
Peeeeeeeeeeerrrrrrrrah cukup sampai disini.

 
Keris Silau
5 March 2012

2 comments:

Anonymous said...

Ter-best!

friend the last star said...

betul betul betul....