Wednesday, February 22, 2012

Musim Cium Tangan

Bila habis musim raja sehari
Tiba pula musim buang undi
Maka banyak lawatan menteri
Terutama hari minggu atau hari cuti
Banyak sekolah dan pejabat nak dirasmi
Kemudian buat perhimpunan cikgucikgi
Beri kata dua jangan lupa undi kami
Macam kata PM i help you you help me
Diguna jentera gomen atas nama tugas rasmi
Polis trafik eskot dari petang hingga awal pagi

Semua turun dari KSU hingga ke DG
Termasuk ketua pemuda dan puteri
Maka kita tengok ada yang cium tangan dan jari
Geli tengok berahim cium tangan Bik Mommy
Semua tu kerja wa ampu sana wa ampu sini
Cogankata yang dipopular oleh Kulim punya MP
Silap haribulan dia pun ikut jejak brahim Ali
Atau mungkin juga join kelab kayu Jati
Yang diasaskan oleh Mantan Bakal MB
Kuasa ketiga yang bakal berkubur nanti

Maka ramailah yang buat temu janji
Berjela-jela tunjuk PM dia punya CV
Winnable candidate yang sedang dicari
Maka ramai juga berebut-rebut ambik hati
Bukan ambik hati PM tapi hati Bik Mommy
Yang baru dapat title Dr dari Curtin University
Selain Cincin dan Birkin kini Curtin jadi koleksi
You all jangan jeles dan dengki
Ini semua duit I dari tabung sendiri
Saya menabung sejak saya kecil lagi

Inilah politik namanya kata Dr. Asri
Politik fitnah memfitnah dengki mendengki
Memperbodohkan pemikiran rakyat masakini
Yang boleh memikir lebih baik dari pak menteri
Dari merampok perbendaharaan dan KWSP
Tanpa ada akauntabiliti dan tranparensi
Ramai menyeleweng sikit saja disoal MACC
Lihat saja apa yang berlaku kepada NFC
Hidup kaya raya anak-anak laki-bini
Jangan lupa bail-out syarikat MISC
Projek mega hanya milik segelintir kroni
Harta kekayaan bukan yang ku cari
Hanya molek untuk dibaca puisi
Tapi kereta mewah Ferrari dan Buggati
Memenuhi parkir di residensi pak menteri

Bila pilihanraya sudah menghampiri
Bergegas turun ke setiap konstituensi
Duduk bersila mendekati para pengundi
Sembelih lembu buat jamuan kenduri
Kemudian RM500 dihulur menyeringai gigi
Seolah-olah duit itu dia yang bagi
Tak apalah ambil lah walaupun hasil judi
Halalan toyibban fatwa siTan Sri
Tapi apabila datang hari mengundi
Jangan lupa pak ABU sedara-sedari.

Keris Silau
22 Februari 2012

Friday, February 10, 2012

Puisi Terbuka untuk Mantan Bakal MB

Ada orang meroyan sorang diri
Meroyan tak dapat jadi MB
Semakin menjadi-jadi
Terserlah kelemahan diri
Timbul idea buat kelab jati
Mereka rasa merekalah Melayu sejati
Bertempik Melayu tak kan mati
Jangan ada cuba mengkristinasi
Orang Melayu yang melabur ASB
Orang Melayu yang bersongkok tinggi
Orang Melayu yang dapat NFC
Katanya pulak ada parasit dikalangan ahli
Tuduh Bulan sudah ikut langkah DAP
Meninggalkan perjuangan yang suci
Maka dia akan teruskan agenda murni
Sebab Bulan sudah lupa janji-janji
Bulan berbaik pula dengan Mata Hati
Yang ketua umumnya dituduh sodomi

Mungkin gila talak agaknya kawan ni
Cuba bawa bertenang wahai anak Ali
Cuba tengok Pak Lah Badawi
Dia tenang macam Damai Abadi
Duduk diam-diam baca puisi
Membongkar kitab suci AlBukhari
Bukan harta yang ku cari
Aku cuma terkilan kat Khairi
Sebab tak dapat jadi menteri
Walaupun Ketua Pemuda parti
Oleh itu contohilah mantan Perdana Menteri
Bukan yang seorang lagi

Ada satu benda lagi
Kalau abang Hasan nak perangi
Mereka yang cuba mengkristinisasi
Saya cadang dakwah juga kat tahi-tahi
Tahi dadah tahi air dan tahi judi
Tahi air ada banyak kat Hard Rocky
Tuan hotel mesti bagi masuk free
Atau yang tak dapat hidayah untuk berenti
Walaupun pergi umrah sudah tiga kali
Balik-balik dia tuduh jambu kat Rafizi
Baru enta jadi pendaawah yang Sejati
Sesuai sebagai presiden kelab kayu Jati.

Keris Silau
10 Februari 2012

Thursday, February 09, 2012

Menang hidup berjoli, kalah cabut lari

Anak sapa tu bawa Ferrari
Di kelab posh tari-menari
Bersama artis paling seksi
Meja penuh air berendi
Itu baru cool dan steady
Habis duit berkodi-kodi
Dengar kabar anak menteri
Bapa dia pun kuat joli
Tapi tak main dalam negeri
Bini shopping sana-sini
Milan Paris dan Sydney
Hidup mewah hari-hari
Mau duit petik saja jari
Mana mai semua duit ni
Dari projek kerajaan bagi
Atas nama transformasi atau nfc
Bajet diputus Perdana Menteri
Ini bukan jaga periuk nasi
Ini untuk hidup mewah duniawi
Inilah golongan elit atau kroni
Anak beranak satu kompeni
Beli kondo mewah luar negeri
Tempah baju penuh labuci
Bukan sepasang tapi lima lori

Ini kehidupan segelintir kroni
Ada dia kisah kemiskinan di Jeneri
Ada dia kisah kemalaratan di Tok Bali
Walau ada rumah hampir menyembah bumi
Walau bertahun-tahun ditinggal suami
Walaupun berhari-hari tak makan nasi
Hidup dia bermewah sana-sini
Duit dia simpan di luar negeri
Berbiliun cukup lima generasi
Bukan semua tu duit gaji
Tapi duit hasil rasuah dan curi
Kita tidak persoalkan akan rezeki
Kita lihat dengan kepala sendiri

Oleh itu dalam pru13 nanti
Menang itu bukan opsyen lagi
Menang itu satu yang mesti pasti
Demi untuk terus mewah duniawi
Tak sanggup mereka jadi opposisi
Harta negara terlepas lari
Tidak boleh beli kondo lagi
Tidak boleh poco-poco lagi
Tidak boleh enjoy makan free
Mungkin kena macam doktor gigi
Setahun atau lima tahun digerigi besi
Kekalahan tak sanggup mereka hadapi
Menang maka mereka terus berjoli
Kalau kalah tentu cabut lari!

Keris Silau
9 Februari 2012