Thursday, February 09, 2012

Menang hidup berjoli, kalah cabut lari

Anak sapa tu bawa Ferrari
Di kelab posh tari-menari
Bersama artis paling seksi
Meja penuh air berendi
Itu baru cool dan steady
Habis duit berkodi-kodi
Dengar kabar anak menteri
Bapa dia pun kuat joli
Tapi tak main dalam negeri
Bini shopping sana-sini
Milan Paris dan Sydney
Hidup mewah hari-hari
Mau duit petik saja jari
Mana mai semua duit ni
Dari projek kerajaan bagi
Atas nama transformasi atau nfc
Bajet diputus Perdana Menteri
Ini bukan jaga periuk nasi
Ini untuk hidup mewah duniawi
Inilah golongan elit atau kroni
Anak beranak satu kompeni
Beli kondo mewah luar negeri
Tempah baju penuh labuci
Bukan sepasang tapi lima lori

Ini kehidupan segelintir kroni
Ada dia kisah kemiskinan di Jeneri
Ada dia kisah kemalaratan di Tok Bali
Walau ada rumah hampir menyembah bumi
Walau bertahun-tahun ditinggal suami
Walaupun berhari-hari tak makan nasi
Hidup dia bermewah sana-sini
Duit dia simpan di luar negeri
Berbiliun cukup lima generasi
Bukan semua tu duit gaji
Tapi duit hasil rasuah dan curi
Kita tidak persoalkan akan rezeki
Kita lihat dengan kepala sendiri

Oleh itu dalam pru13 nanti
Menang itu bukan opsyen lagi
Menang itu satu yang mesti pasti
Demi untuk terus mewah duniawi
Tak sanggup mereka jadi opposisi
Harta negara terlepas lari
Tidak boleh beli kondo lagi
Tidak boleh poco-poco lagi
Tidak boleh enjoy makan free
Mungkin kena macam doktor gigi
Setahun atau lima tahun digerigi besi
Kekalahan tak sanggup mereka hadapi
Menang maka mereka terus berjoli
Kalau kalah tentu cabut lari!

Keris Silau
9 Februari 2012

4 comments:

Juasseh Cafe said...

lagi bro, gua layan ni

Aura Dya said...

huhu sape lu

Anonymous said...

hello Cafe..lu kat mane???

www.true-religion-apparel said...

All fashion style of beauty to form a unique style of Louis Vuitton Handbags. Shopping for wholesale cheap Ed hardy is definitely the way to save a lot of money. It is the best way to purchase North Face Jackets at donedhardy.net online outlet store. The North Face Outletbrings you a wide variety of bright, distinct and fashionable Franklin and Marshall T-shirts.
Christian Louboutin Shoes have colorful tattoo design on the body in bold graphics giving it unconventional and wild look that is adored by the modern young crowd who are constantly looking for something which will set them apart from the rest.