Tuesday, March 20, 2012

Mudah Sangat Terpedaya

Musim Pilihanraya sudah tiba
Seronok pelajar-pelajar India
PM janji bagi kamu biasiswa
Bila nak bagi kat pelajar Cina
Oh ya pelajar Cina sudah kaya
Yang betul Cina tak mau undi dia
Mungkin kerana dia sayang Perkasa
NGO paling rasis di angkasa

Orang Asli pun dijanji berjuta-juta
Dia mau anak orang asli berjaya
Peguam ahli politik doktor dan jurutera
Sejak bila ahli politik itu jadi cita-cita
Mungkin sejak Adam Adli jadi juara

Banyak lagi tawaran istimewa
Sempena PRU13 yang akan tiba
Saham dan cash untuk warga Felda
Bukan Mawi anak Felda saja boleh kaya
Orang gomen naik gaji semua
Dari Ketua Pengarah hingga pekerja biasa
Dengar RM500 akan diberi kali kedua
Selain daripada saham SARA 1 Malaysia
Para pekerja dijanjikan gaji minima
Tol pula dimansuhkan dilaluan utama

Tak larat aku nak senaraikan semua
Banyak sungguh duit ni mai mana
Tak dengar pula ada orang mengata
Hasil judi dari syarikat tikam lumbakuda
Sesambil tu dia ambik sikit buat belanja
Belanja nak buat kenduri-kendara
Bukan apa nak sambut bakal mertua
Bukan nak belanja makan mi segera
Kenalah order dari hotel Shangrila
Tak banyak bil lebih kurang setengah juta
Dan RM80K untuk harijadi orang dah tua
Itu tak termasuk kenduri arwah Altantuya
Dan duit main masak-masak kat Permata
Dan juga kumpulan poco-poco Putrajaya
Yang akan melawat Oman dan Saudi Arabia
Serta tempahan 65 pasang baju dari Australia
Itulah kehidupan yang amat sederhana!

Keris Silau
19 March 2012

15 comments:

Rakan Blog said...

hehehe...menarikk...kalau ada pic lagi kaww rasanya....

Nak share 8 SEBAB kenapa kita kena join n post kat Rakan Blog....

SEBAB KE 2- RakanBlog juga memudahkan kita untuk up to date dengan isu-isu semasa para bloggers lain...boleh wat-wat idea nak tulis entry...hehehe...entry menarik...mesti ramai yang suka...
Lagi 7 SEBAB lagi boleh tanya kat uncle google..>>8 sebab kenapa kena join Rakan Blog.

faeza eighteverlens said...

haha tau xpe..time nk pilihan raya nie memcm jnji hope lepas menang jgn laa senyap jer..

Alisha Residenc said...

Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya?
http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak

Alisha

obat herbal raja singa said...

thank for your information
go ahead

www.true-religion-apparel said...

The kind of the D&G sunglassescollection introduces three quite distinctive cool new shapes as well as great new colorways, ranging from classic black to “Woodgrain” to a unique true religion outletmonotone tortoise (”Black Tortoise”). As in the previous season each shape is named after a Nobel Prize winner in Literature:Abercrombie & Fitch The Bellow (Saul Bellow), The Llosa (Mario Vargas Llosa) and The Hemingway (Ernest Hemingway).Louis Vuitton Handbags

Juasseh Cafe said...

memang masuk bro

materace koło sklepik said...

fajne

łóżka do sypialni said...

fajne

łóżka do sypialni sklepik said...

fajne

łóżka do sypialni sklepiki said...

fajne

sypialnie sklepik said...

fajne

materace ortopedyczne skl said...

fajne

sypialnie sklepik said...

fajne

sypialnie sklepik waw said...

fajne

łóżka tapicerowane sklepik said...

fajne