Thursday, August 09, 2007

Islam itu Mudah (Siri 4)

Tapi kenapa kursus haji begitu lama
Sampai berbulan-bulan lamanya
Kan menunaikan haji senang saja
Kadang-kadang apabila ditanya
Bila nak tunaikan rukun kelima
Ada orang jawab kurang bersedia
Sebab apa kurang bersedia
Belum hadiri kursus lagi katanya
Memayahkan ibadah menjadi punca
Atau belum hafal doa-doa
Doa-doa tawaf ini ciptaan siapa
Sebab nabi tak baca doa yang sama
Ini semua sebenarnya nak niaga
Ustaz pun nak cari makan juga
Terbit buku panduan haji dan doa
Kalau tak ikut apa yang dikata
Maka tak sah haji tak dak pahala
Tahun depan kena ikut pakej saya

Sekarang semua main pakej aja
Pakej mati pun sudah ada
Cuma talipon aja semua tersedia
Tak yah gaduh nak cari sapa
Gali kubur siap bersama talqin di pusara
Solat jenazah pun ada profesional punya
Cuma bagi tahu nak perabis berapa
Kenduri arwah malam pertama kedua ketiga
Batu nisan pun masuk pakej juga
Semua akan disusun ikut harga semasa
Ini siapa pulak yang pandai reka
Padahal mati dalam Islam mudah saja
Kalau orang yang susah macam mana

Islam diturunkan untuk semua
Tiada hak eksklusif untuk sesiapa
Islam bukan orang Melayu punya
Masuk Islam tak payah tukar nama
Yang ini tolong dengar pejabat agama
Tolonglah jangan memaksa
Ustaz Awang tu nama Islam ka
Jadi jangan sangat beriya-iya
Jangan paksa ikut kita punya budaya
Seperti kena pakai baju teluk belanga
Atau bersampin semasa Hari Raya
Atau suruh kawan tu duduk bersila
Jangan memelayukan kawan kita
Yang penting ialah mengenali Pencipta
Perkukuhkan aqidah kepada Allahutaala

Keris Silau
8-8-07

No comments: