Thursday, May 10, 2007

KUASA DI TANGAN ANDA

Steven Gerrad kata kuasa di tangan anda
Gunakannya secara bijaksana
Untuk tentukan calun pilihanraya
Tangan memangkah calun yang anda suka
Jangan pangkah ikut rasa
Jangan pangkah kerana terpaksa
Jangan pangkah kerana bangsa
Jangan pangkah dek kain pelikat samarinda
Jangan pangkah calun pejam sebelah mata
Jangan pangkah calun bina istana
Bina istana tanpa permit pihak berkuasa
Jangan pangkah calun yang terlibat sama
Dengan kes pembunuhan arwah Altantuya
Jangan pangkah calun talam dua muka
Depan kita dia senyum macam pramugara
Belakang kita perangai macam singa
Jangan pangkah calun yang kaut harta
Projek banyak tapi 5% masuk kat dia
Komisyen bukan sejuta tapi berjuta-juta
Jangan pangkah calun salah guna kuasa
Jangan pangkah calun dapat habuan 5 juta
Sebab lepas tiga orang gangster Cina
Jangan pilih calun gatai main kayu tiga
Tengok bini orang bagi jelingan manja
Tambah-tambah tengok anak dara
Jangan pilih calun jual AP kereta
Muka tak tau malu buat dek aja
Jangan pilih calun rosak alam semesta
Tebang balak rosak habis hutan tropika
Jangan pilih calun bertopengkan agama
Pakai kopiah tinggi sehasta
Tapi semayang waktu tak ada masa
Bukan anda tak kenal mereka
Ini semua calun yang tak berguna

Pangkah calun yang berwibawa
Jaga kebajikan penduduk semua
Yang menegakkan keadilan untuk semua
Tidak kira bangsa dan agama
Tidak kira Melayu, Cina atau India
Bersih, amanah dan cekap buat kerja
Bukan cuma pandai cakap saja
Ramai calun macam ni di Malaysia
Tapi tidak berpeluang membuktikannya
Sebab tak ada wang nak masuk pilihanraya
Terpaksa berhutang nak bayar duit muka
Terpaksa pinjam dan minta derma
Itu calun pembangkang la
Calun pemerintah lain cerita
Bajet 3-4 juta perkara biasa
Ditolong pula oleh media massa
Yang paling nakal ialah TV tiga
Tunjuk pembangkang punya cerita lama
Ulang-ulang sampai terlekat di kepala

Oleh itu saudara
Kuasa di tangan anda!

Keris Silau
10 May 2007

No comments: