Monday, May 14, 2007

Tabik kepada Raja Nazrin

Raja Nazrin tolak peruntukan
Untuk buat majlis pernikahan
Pakai duit dari dana kerajaan
Juga tak mau syarikat beli iklan-iklan
Duit tu elok jimat masuk tabung kebajikan
Inilah raja yang betul-betul gentleman
Tidak sewenang ambik kesempatan
Walaupun dia berhak sebagai putera Raja Azlan

Ini betul-betul satu tamparan
Bagi mereka yang claim bukan-bukan
Bunga telur sehinggalah dulang hantaran
Mak andam dan juga kumpulan kugiran
Duit upah kadi hingga kad-kad jemputan
Baju pengantin hingga pentas persandingan
Upah kanopi hinggalah catering makanan
Mansyallah begitu banyak tuntutan
Tak termasuk wang hantaran 8,888

Islam tidak suka kepada pembaziran
Pembaziran itu ialah kawan syaitan
Tak perlu tempah baju bertatah intan berlian
Cukuplah yang simple dari Bernard Chandran
Tak perlulah buat konsert hiburan
Ghazal Parti pun sudah berpatutan
Media tidak perlu sensasi buat liputan
Macam apa yang berlaku kat Utusan
Memandai umum bakal pengantin perempuan
Kena marah dengan Sultan ambik habuan
Pak Lah kata Raja Nazrin patut jadi ikutan
Prihatin kepada rakyat punya keperluan
Begitulah kata Pak Lah memberi pujian
Kat Pak Lah kita ada satu soalan
Walaupun sudah lama Pak Lah dok tahan
Kalau Pak Lah kawin nak guna peruntukan kerajaan?


Keris Silau
14 May 2007

No comments: