Monday, September 17, 2007

Pemimpin Cuai, Harta Rakyat Ditibai

Tun Razak meninggalkan banyak jasa
Tun Razak menghasilkan Bank Bumiputera
Tun Razak menghasilkan Felda
Tun Razak menghasilkan Universiti Kebangsaan Malaysia
Sekarang ni UKM bagus dari Universiti Malaya
Walaupun cuma jadi PM empat tahun sahaja
Banyak yang dicapai sebagai sebuah negara
Wawasan Razak menjalinkan hubungan dengan China
Semasa beliau pelajar dihantar ke luar negara
Mengukuhkan kualiti graduan bertaraf dunia

Manakala kepimpinan sekarang begitu hampa
Lihatlah lapuran Ketua Audit Negara
Memalukan dan mengecewakan rakyat jelata
Harga karipap pun nak tipu juga
Begitu juga pembelian digital camera
Dan penyelewengan yang jelas di pejabat Azalina
Rasuah sudah meresap seluruh anggota

Orang putih kata “hard up” sangat ka
Sanggup makan songlap wang negara
Pemimpin yang bersih boleh dikira
Zaman AAB rasuah semakin berleluasa
Kantung negara dirampok senang sahaja
Sebab pemimpin yang cuai dan selalu lena
Kita rasa cukuplah satu penggal sahaja
Lagipun anak menantu semua dah kaya raya

Kita tak yakin dengan kepimpinan anda
Nampak sangat kurang berwibawa
Tak tahu nak bawa Malaysia ke mana
Jurang bangsa semakin ketara
Islam Hadhari mengkofiuskan semua
Raja-raja pun tak berkenan Hakim Malaya
Kami tak kisah kalau baru kawin janda
Itu mungkin elok untuk seorang duda
Tapi kami risau krisis yang dihadapi negara
Negara ini patut jadi Kelas Pertama
Berdasarkan harta dan human capital yang ada
Namun kepimpinan yang lemah menjadi punca!

Keris Silau
14 September 2007

5 comments:

Anonymous said...

Ambo raso
Negara kelah pertamo
Pemimpin kelah ketigo
Rakyat pulok,
Kelah merano

keris silau said...

Allah mengatakan dua ciri utama dalam memilih pemimpin iaitu quwwah dan amanah. Namun jika populariti dan duit menjadi penentu, maka rakyatlah menjadi mangsa akan kelemahan dan penyelewengan kepimpinan.

Anonymous said...

Lo ni oghe pilih ketua atah duo sebab, mulo mula pasal dio bui kain pelikat, yang keduo pasal dio bui duit rayo RM 300.00. Hok tu rakyat sokong dio, kalu tak cayo maghi la tengok di Ganu lo ni. Ganu lening dok serupo dulu...lagi paroh..

Anonymous said...

ada omputeh kata
pemimpin ni macam lampin
perlu kerap disalin
kalau tak disalin
air kencing meleleh berbesen besen
bikin rakyat bising bau hancin

Anonymous said...

wa......ada semngat Malaysia!XD