Thursday, June 14, 2007

Melayu Baru

Sekarang dah ada Melayu Baru
Tuan-tuan mungkin sudah tahu
Kalau pada malam Sabtu atau minggu
Mereka berpasangan tanpa segan silu
Berdua-duan tanpa rasa malu
Berpeluk-pelukan melepaskan rindu
Pakai seluar singkat sampai nampak bulu
Kadang-kadang macam tak pakai baju
Tapi mereka rasa mereka dah maju

Hiburan agenda utama Melayu Baru
Bila sambut Merdeka atau Tahun Baru
Terkinja-kinja macam masuk hantu
Menjerit-jerit macam anak minta susu
Kepala terhoyong-hayang mendengar lagu
Tak percaya tengok AF malam Sabtu
Tak peduli nak solat walau dah masuk waktu

Ini sebenarnya agenda Barat dan sekutu
Bagi umat Islam lalai dengan hiburan selalu
Tengoklah di TV hiburan bertalu-talu
Dari telenovela hinggalah filem hantu
Melayu tengok tanpa bosan dan jemu
Macam mana otak Melayu tak beku
Asyik tengok TV dan malas baca buku
Cuma mengharap kismis untuk membantu

Kalau ada pesta tentu ada Melayu
Termasuklah pameran dan pesta buku
Sebab sebenarnya ada artis di situ
Sebab apa yang Melayu jadi begitu
Mengapa tak ramai Melayu cari ilmu
Kerana ilmu sebenarnya adalah penentu
Penentu masa depan dan hala tuju

Kita lihat indeks sosial melibatkan Melayu
Seks bebas, mat rempit dan hisap candu
Yang ada duit pula ecstacy dan syabu
Kesemuanya Melayu nombor satu
Gejala yang membawa Melayu jadi haru-biru
Tak boleh tegur nanti kena baling batu

Marilah kita semua buat sesuatu
Termasuklah ibubapa dan cikgu-cikgu
Aktivis sosial dan cendikiawan dari u
JIM ABIM dan Teras Keupayaan Melayu
Mufti-mufti dari Perlis hingga Terenganu
Bangunlah dari kerusi empuk mu
Jangan takut kepada individu tertentu
Tak boleh harap mereka yang meruntun nafsu
Nyatakan kebenaran walau pahit bak hempedu
Sebab umat Melayu sudah berada di ICU
Keadaannya tenat dan cukup sembilu
Berikan penawar supaya baik macam dulu
Semoga Allah turut memberi restu!

Keris Silau
14 Jun 2007

3 comments:

Eeru Jiwa said...

Melayu baru atau lama, sama je.

Cuma anda hanya membeza caranya sahaja.

Cara sekarang lain bro.

Cara dulu lain juga bro.

Apa yang sama.

Yang sama adalah semua ingin bergembira.

Apa tidak boleh ke?

Apa Islam marah bergembira.

Kalau tidak boleh, kami ingin keluar dari jadi askar dan tukar baju baru.

shukor said...

eeru jiwa,

awak nak bergumbira ikut suka awak lah,
jangan sampai bergumbira jadi saya marah,
bila saya marah saya bukan jadi merah,
tapi saya akan jadi berkilau cerah.

orang lain pun bergumbira jugak,
tapi tahu had untok nak agak,
nak tiru buruk merak,
tapi akhirnya jadi macam gagak.

ikut awak lah labu,
besok akhirnya kita pun akan jadi abu,
masa tu menyesal dan tobat pun dah talak seribu,
everything is up to you.

keris silau said...

terra juga you shukor.