Bersedeqah satu amalan mulia
Bukan hanya di bulan puasa
Tetapi sedeqah tidak kira masa
Bukan waktu senang sahaja
Waktu susah pun dituntut juga
Nabi memberi jaminan kat kita
Yang bersedeqah tak akan kurang harta
Lihatlah para sahabat di zamannya
Abu Bakar dan Umar contoh yang nyata
Tapi zaman sekarang sudah berbeza
Ramai yang suka menderma
Bukan sahaja seringgit malahan sejuta
Hebat apabila kita lihat angka
Namun menderma itu ada lain makna
Ada yang mahu mendapat nama
Gelaran Datuk atau Datuk Paduka
Tulis cek besar-besar belaka
Dipaparkan dan dihebohkan media
Kalau ada majlis amal yang jual meja
Kerana JPM menyambut Hari Keluarga
Terpaksa tulis cek beli 40 meja
Sebab wa ampu sini wa ampu sana
Bukan murah harga kabel Putrajaya
Nak menagih 2-3 projek mega
Setakat 40 meja sap sap soi saja
Sebab tu duit seringgit ngadu kat kita
Kata dia lima puluh ringgit jalan merata
Tengok bola atau Akademi Fantasia
Atau melancung naik flight Air Asia
Atau masuk kocek orang ternama
Tapi seringgit tidak dapat ke mana-mana
Cuma duduk dalam tong masjid saja
Atau di usung oleh orang buta!
Keris Silau
20 Jun. 07
Wednesday, June 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment