Tuesday, June 19, 2007

Islam itu Mudah (Siri 2)

Islam adalah agama yang mudah
Tetapi ramai yang salah terjemah
Termasuklah ustaz atau ustazah
Tak tulin macam yang dibawa Rasulullah
Ini membuatkan umat kita jadi lemah
Wajah sebenar Islam telah berubah
Oleh itu ramai berpandangan salah
Bukan sahaja celaru dalam bab ibadah
Malahan juga dalam bab aqidah

Itu sebenarnya muqadimmah
Tulisan mengenai Islam itu mudah
Bukan-Muslim tak nampaknya indah
Mereka nampak Islam agama payah
Nak masuk Islam pun kita buat susah
Tak berapa petah nak lafaz shahadah
Terus dikatakan keIslaman tidak sah
Ini contoh yang berlaku di Kedah
Bukan rekaan tapi benar punya kisah

Ustaz kita asyik ajar bab taharah
7 jenis air diulang-ulang dalam kuliah
Remaja dah belajar ianya disekolah
Kadang-kadang berenti kat bab jinayah
Sebab ustaz tak lulus belajar di Kaherah
Dia suka tengok tv dari menghadiri kuliah
Bila balik kita panggil dia ustaz atau ustazah
Kita ingat dia pandai semual hal fiqah
Dan dia pun berlagak macam Mufti Makkah
Keluarlah jawapan yang banyak bercanggah
Kalau di hospital ada GP dan pakar bedah
Kita tak jumpa GP kalau kena sakit barah
Kacau kalau GP cuba selesaikan masalah
Yang sakit barah akan bertambah parah
Silap diagnos dan silap ubat pencegah
Ijazah BA tak sama dengan Doktor Falsafah


Berbalik dengan soal ibadah
Kotor sedikit tak jadi masalah
Tapi ada orang kata solat tak sah
Sebab tu ramai orang sakit tak solah
Sebab kadang-kadang kain ada darah
Kadang-kadang terkena muntah
Kita keluarkan fatwa yang payah
Kalau sihat pun susah solat di rumah
Ini di hospital dapat lesen fardu kifayah
Kalau ada orang buat yang lain tak payah
Ada yang bagi alasan kiblat tak tau arah
Atau mulut sakit tak boleh baca AlFatehah
Atau nak ambik wuduk air tak cukup dua kolah
Ya Allah kan orang sakit diberikan rukhsah

Kalau buat haji dan umrah
Yang mudah akan jadi payah
Umpamanya dalam bab fidyah
Dan apabila melontar jamrah
Miqat di Mina dan Mudzalifah
Dan apabila tawaf keliling kaabah
Bahu kiri tidak boleh ubah
Kekadang terlanggar sesama jemaah
Walaupun berubah tapi masih lagi sah
Ada yang ustaz ajar haji kata tak sah
Ini satu lagi contoh ibadah jadi payah
Kalau tersentuh antara Haji dan Hajjah
Maka wuduk terbatal ini juga masalah
Kena mula semula keliling Kaabah
Macam-macam ada di Makkah
Macam solat jama’ tamam di Arafah
Fatwa dikeluarkan oleh sahibus samahah
Bikin keliru semua jemaah
Inilah contoh yang mudah jadi payah
Kalau empat senawi jadi mufti begini jadilah

Keris Silau
Jun 18 2007

2 comments:

Elhakim said...

amboii..
bagus..superb work,

keris silau said...

Elhakim,

Thanks for your support!