Thursday, October 04, 2007

Mencari LailatulQadar

Marilah kita sama-sama kejar
Untuk mencari LailatulQadar
Malam yang penuh dengan ajar
Dosa yang lampau menjadi sifar
Ganjaran 1000 bulan Allahuakbar
Banyakkan doa dengan penuh sabar
Zikrullah memuji Allah serta beristighfar
Lalu malaikat turun sayapnya disebar
Untuk sesiapa yang menemui LailatulQadar
Kemuliaan berterusan hinggalah terbit fajar
Oleh itu segala bentuk maksiat mesti dihindar
Menyeru yang maaruf dan mencegah mungkar
Jangan sibuk kuih raya atau kain cadar
Jangan membazir cukuplah ala kadar
Habiskan masa di masjid bukan di Kamdar
Habiskan masa beribadah bukan bersiar-siar
Habiskan masa membaca Quran bukan suratkhabar
Kurangkan membeli belah digedung atau di pasar
Sebaliknya tumpukan ibadah mencari Lailatul Qadar
Tawaran yang amat istimewa dari Allah Maha Besar!

Keris Silau
22 Ramadan 1428H

3 comments:

bunga rampai said...

Salam,

Allahuakbar!

Terima kasih mengingatkan.

shukor said...

setuju sangat tuan.MalaH persiapan perayaan aidil fitri telah menengelamkan fungsi utama berpuasa Ramadhan tu.

keris silau said...

Insyallah, sama-sama bepesan.