Wednesday, October 31, 2007

Menteri Melatah lalu Sultan Bertitah

Apabila menteri cakap melatah
Maka Sultan pun terus bertitah
Beri sedar sikit orang yang memerintah
Badan kehakiman yang semakin parah
Klip video percaturan hakim didedah
Keyakinan rakyat terhadap kehakiman punah
Lalu lawyer berjalan dan memorandum diserah
Jalan jauh dengan kot sehingga peluh basah
Menteri kata itu cuma sebahagian kecil jumlah
Apa punya jawapan macam orang tak pi sekolah
Manakala bos dia ambik sikap tak endah
“Tidak ada krisis” jawab Lah-Lah
Itu persepsi minoriti kata pihak pemerintah
Lalu Sultan pun segera menyanggah
Dalam persidangan yang patut dihadiri Lah-Lah
Persepsi awam jangan diambil mudah
Saranan Sultan disambut dengan meriah
Reaksi positif dari TsuKun hingga KC Vohrah
Sudah lama imej badan kehakiman parah

Krisis dan krisis tak sudah-sudah
Polis Diraja Malaysia juga bermasalah
Sesama sendiri pun bertelagah
Semua nak menegak benang basah
Musa dah jadi musang Lah-Lah
Macam-macam kisah dan karenah
Dari jenayah terancang hinggalah buang daerah
Keyakinan rakyat sekali lagi musnah
Dari peringkat atas sehingga bawah
Semua sudah dijangkiti penyakit rasuah
Daripada pembelian screwdriver hingga pagar sekolah
Daripada bina jambatan hingga rumah kos rendah
Termasuklah pemberian bintang anugerah
Berlumba bagi Datok macam yang berlaku di Sabah

Bala dan bala tak sudah-sudah
Lihatlah indeks negara punya jenayah
Rakyat tidak rasa selamat hatta di rumah
Bas ekspress terbalik penumpang terima padah
Negeri Johor yang dilanda air bah
Dan Nuri yang terhempas di Genting Sempah
Dan isu yang tak selesai iaitu masalah dadah
Dan isu sosial yang ketara seperti anak luar nikah
Dan anak yang diculik diperkosa dibunuh penjenayah
Dan budak sekolah yang dibuli dan dibelasah
Kesemua ini petunjuk kekacauan fikrah
Mungkin juga turunnya bala dari Allah

Kita menyeru kerajaan Lah-Lah
Supaya bertaubat dan kembali pada Allah
Pilih pemimpin yang ada kapabiliti dan amanah
Hendaklah berlaku adil kepada ummah
Hendaklah tawaduk dan menjaga maruah
Kalau masih sombong rakyat tak akan pangkah
Kalau masih berleluasa penyelewengan dan pecah amanah
Rakyat akan tergerak hati untuk mengubah
Kalau masih merampok harta dan khazanah
Rakyat akan segera memohon dan menadah
Supaya datang segera pertolongan dari Allah
Menyelamatkan bumi Malaysia dari musnah!

Keris Silau
31 Oktober 2007

2 comments:

HEIKAL said...

selamatkan malaysia? susah ni dengan media perdana yang melacurkan diri sendiri untuk melindungi reputasi monyet-monyet Barisan Nasional dan UMNO

keris silau said...

heikal,

kita kena berfikiran positif dan di atas segala perancangan di dunia ini, perancangan Allah yang terbaik. Oleh itu hendaklah kita banyak mendekatkan diri kita dengan Allah dan memohon pertolongan dari Allah.

Thank you for your comment.

Keris Silau