Pak Lah bagi BPR mandat
Tangkap kalau cukup maklumat
Jangan kira sapa yang buat
Orang kebanyakan atau kerabat
Wah wah betul-betul nampak hebat
Nak perangi rasuah sampai lumat
Kalau begitu aku nak suruh BPR siasat
Kes “food for oil” dimana Pak Lah terlibat
Scomi iaitu anak Pak Lah punya syarikat
Sejak Pak Lah jadi PM tahun 2004
Projek O&G Petronas Scomi yang dapat
Dan jangan lupa menantu yang suka menyakat
RM9juta beli saham ECM Libra mana dia dapat
Laki Rosmah pun jangan lupa nak siasat
Siasatan Scopene dan Sukhoi masih belum tamat
Banyak lagi kes yang ramai top gun terlibat
Bukan cuma tangkap kes beli alat pejabat
Beli screwdriver atau beli karipap bulat
Ini semua hendak mengelabui mata rakyat
Pihak atasan ini patut digelar musibat
Maaf sebab menggunakan bahasa kesat
Bukan apa tak tahan perangai yang cukup jahat
Harta negara disapu dirampok dan disebat
Tapi berlakun depan orang ramai macam malaikat
Kadang-kadang nak muntah sebab meluat
Buat harta negara macam harta milik kerabat
Yang sirakyat ni kerja teruk tulang empat kerat
Ambik upah makan gaji peluh kerengat
Dengar kata harga tepung akan meningkat
Roti, bihun, mee, kuih dan juga segala jenis tat
Roti, bihun, mee, kuih dan juga segala jenis tat
Masih ramai miskin anak ramai hidup melarat
Mengharapkan orang ramai bagi zakat
Nak harap pemimpin rakus langsung dia tak ingat
Kalau bagi undi baru dia tunjuk minat
Orang macam ni kita seru supaya segera taubat
Kalau tidak Tuhan bagi hukuman amat berat
Di kala ramai yang menderita hidup melarat
Dia boleh berfoya-foya dengan pompuan rambut karat
Jemput Al Jarreau pesta jazz dengan suku sakat
Di halaman rumah PM yang suruh kita ingat akhirat!
Keris Silau
27 October 2007
No comments:
Post a Comment