Thursday, October 11, 2007

Sebelum perginya Ramadan…

Perlahankan pemergianmu wahai Ramadan
Mungkin ada mereka yang tidak kesempatan
Untuk bertaubat dan memohon keampunan
Untuk umat yang masih penuh kelekaan
Untuk mereka yang lupa kepada tawaran
Tawaran dosa-dosa silam dihapuskan
Tawaran doa-doa untuk dimaqbulkan
Mungkin ini peluang penghabisan
Sebelum keluarnya musuh utama syaitan
Sebelum pintu neraka kembali dibukakan
Walaupun ada yang membuat persediaan
Sambut pesta Shawal dengan konsert hiburan
Dengan artis terkinja-kinja macam setan
Seolah mereka sudah lulus peperiksaan
Padahal mereka gagal dalam semua ujian
Dan Jibrail mendoakan kecelakaan iman

Tahniah pula kepada yang memperolehi kejayaan
Mereka yang menangis memohon keampunan
Mereka yang berpuasa dengan penuh keredhaan
Mereka yang mencari LailatulQadar dengan keikhlasan
Mereka yang meneliti dan membaca alQuran
Mereka yang berqiyam dan sujud memohon kemaafan
Mereka yang infaq membantu mereka yang kekurangan
Mereka yang ke masjid berjamaah menunaikan tuntutan
Diharap lulus besar dan Allah terima semua amalan
Namun jangan kita lupa dan keasyikan
Syaitan tidak sabar untuk keluar dari kebelengguan
Untuk menghasut manusia ke arah kesesatan
Jangan biarkan mahligai yang dibina semasa Ramadan
Hancur dalam masa sehari dek tipu daya syaitan!

Keris Silau
29 Ramadan 1428H

Keris Silau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eid ul-Fitri, pohon kemaafan jikalau selama ini terkasar bahasa kepada semua sahabat-handai, rakan dan taulan. Semoga Allah menerima amalan kita, Taqabbalahhu minna wa minkum

2 comments:

Bunga Rampai said...

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin :)

Anonymous said...

raya dah berlalu lah bunga rampai. Anyway, thank you.