Kalau nak keluarkan fatwa
Mesti ada dalil dan fakta
Bukan main hentam sahaja
Atau guna aqal semata-mata
Kerana AlQuran dan Sunnah asas agama
Ulama tidak takut sesiapa
Cuma takut Allah taala
Tak kira kerja gomen atau swasta
Jadi menteri atau pegawai istana
Yang halal jelas dan nyata
Haram pun jelas dan nyata
Halam dalam Islam tak ada
Merokok haram kata jumhur ulama
Majlis Fatwa pun dah keluar fatwa
Ayat Quran tak sebut secara nyata
Namun ada ayat yang cukup bermakna
Jangan campakkan diri dalam binasa
Bahaya rokok disepakati doktor sedunia
Tak seorang doktor pun di dunia
Yang kata rokok baik untuk semua
Oleh itu tak kira sesiapa
Orang biasa atau orang agama
Jikalau masih merokok juga
Elok berhenti dengan serta-merta
Berceramah berdegar-degar pun tak guna
Jadi Imam besar pun buat malu saja
Makmun dibelakang nak ikut macam mana
Lepas solat imam merokok kat beranda
Baru ni Tok Guru pun tegur dan kecewa
Dah tegur berkali-kali tapi tak nak renti juga
Murshidul Am pun buntu dengan hangpa
Nak negara Islam tapi jari lekat rokok Amerika
Dahulu ada seorang Menteri Agama
Ramai orang musykil lalu bertanya
Halal ke Amanah Saham Bumuputera
Sebab 35% labur di bank yang amalkan riba
Oleh kerana jihad ekonomi, maka halal katanya
Perumpaman seperti air sungai boleh diminum juga
Walaupun ada air kotor sikit di dalamnya
Inilah contoh dalil pakai otak kepala
Kita mahu fatwa berdasarkan dalil dan fakta
Semasa menulis ini aku terbaca
Raja Nazrin menasihatkan golongan ulama
Mereka kena neutral tak boleh ikut sapa
Sebab nanti dalam kubur malaikat tanya
Malaikat datang dan bertanya Marabooka
Jawapan senang iaitu Allah Maha Esa
Namun kita takut tersasul bahasa
Takut jawab takhta dan Ringgit Malaysia
Ulama sebenarnya waris para anbiya
Bukan pewaris harta benda!
Keris Silau
6 July 2007
Friday, July 06, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment