Wahai rakyat Malaysia
Sudahkah anda bersedia
Bertenanglah menerimanya
PM baru dalam bulan lima
Teori RAHMAN masih sama
Tapi N bukan Najib Mongolia
Tapi N sebenarnya ialah Nana
Orang Pulau Pinang juga
Bukan hangpa tak kenai dia
Tokoh Reformasi se antero dunia
Dari Ceruk Tok Kun ke Putrajaya
Pak Lah tak bertahan lama
Setiap penjuru dok kena
Dulu senang tidur lena
Tapi la ni susah nak pejam mata
Mahathir hentam teruk juga
Lepas tu Mukhriz pula
Pilihan dia ditolak raja
Wooi kesianlah kat dia
Mai sini kami belanja air nira
Atau minumlah air kelapa
Untuk menenangkan kepala
Bulan 5 kami semua pi Australia
Tunggu Pak Lah kat sana
Untuk mengucapkan Selamat Bersara
Tak patut depa buat undi tak percaya
Marilah kita sama-sama berdoa
Malaysia dalam aman senantiasa
Dilindungi Bulan yang bercahaya
Dan PM baru dari Pulau Mutiara
Tuan-tuan nak tahu sapa dia
Itu kena tunggu bulan lima.
Keris Silau
1 April 2008
Tuesday, April 01, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
saya juga yakin seperti yang dinyatakan, hanya masa akan menentukan.Tekanan terhadap Pak Lah bukan dari luar tapi dari dalaman UMNO itu sendiri,lagi pun secara lojik akal dan hukum alam Tabie, Pak lah mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam PRU 12.Sebagai Pemimpin tertinggi, beliau lah pihak yang terakhir sekali dalam kitaran bangau oh bangau
zmy
Depa kata kalau Anwar naik, Amerika seronok. So what ? Lani adakah kita semua ( selain dari sekerat dua pengampu umno ) seghonok ? Kalau Amerika seghonok ka, Korea seghonok ka atau Bangladesh soghonok, Tok tak kisah asai kita semua seghonok. Itu saja. Hidup Anwar.
Tok Janggut.
betui ka? atau acah acah syok syok sahaja? kalau betui bagus, anak sekolah masuk unibersiti besok free, minyak turn boleh beli ayam buat lauk 3 kali seminggu, bukan ayam kat choket tu na..
Awat lambat sangat bulan lima tu...tak pa, better late then never! Masa tu , sure harga saham TV3, Berita Harian , Utusan Malaysia, NTV 7 jatuh merudum ! Ya lah...permit mereka semua akan di batalkan atas alasan melanggar syarat-syarat permit penyiaran . Banyak sungguh syarat yang mereka langgark no. Nasib depalah.
Siapa YB bekas menteri cabul wanita
http://selangortoday.wordpress.com/2008/04/22/mp-terlibat-kes-cabul/
Post a Comment