Talipon YB tak renti berbunyi
YB boleh tak mai kampung kami
YB kami nak jemput kenduri
Kami buat kenduri maulid nabi
Dan kenduri kemenangan tempohari
Insyallah nanti saya chek diari
YB ada benda kami nak bincang
Boleh tak kami jumpa waktu petang
Kat ofis atau rumah kami boleh datang
Kami akan mai satu kereta lima orang
Ada apa yang penting wahai abang
Sebenarnya kami nak minta padang
YB ada orang kat luar pejabat
YB tanya apa dia punya hajat
Dia nak kenali YB lebih dekat
Sebab dia kata senyum YB memikat
Dia nak bergambar saiz poskat
Nak tunjuk orang Kampung Sepakat
Gambar dia bersama wakil rakyat
YB kami dah sediakan nama
Nama apa dan untuk apa
Nama untuk JKKK dan Rukun Tetangga
Kami tak sabar dah tunggu lama
Baru depa tau siapa berkuasa
Kami pilih dikalangan ahli kita
YB kami nak jemput bagi kuliah
Kalau tak leh kuliah YB baca khutbah
Nak tunjuk YB hebat lulusan Syariah
Cakap Arab macam orang Makkah
Baru orang kampung bagi thiqah (kepercayaan)
La ni masjid dah jadi milik anak qaryah
YB kami tengok YB kurang sihat
Kami nak jual kat YB ubat kuat
Yang juga boleh naikkan shahwat
Keluaran Bumiputera punya syarikat
Sama macam doktor yang jual gamat
Bila YB beli YB membantu umat
Kawan-kawan bagi lah can kat YB
Dah dekat sebulan tak buat apa lagi
Nanti pemberita tanya dah buat apa 100 hari
Apakah rancangan dan strategi
Mana dia blueprint untuk negeri
Bagaimana dengan pertumbuhan ekonomi
Sudah hasilkan berapa banyak polisi
Bagaimana iklim pelaburan industri
YB perlu kaji semua janji-janji
Kalau janji kosong rakyat tak bagi undi
Masa honeymoon dah berlalu pergi
Sudah cukup kenduri dan puji
Masa untuk bekerja wahai YB.
YB Keris Silau (Yang Berbisa)
3 April 2008
Thursday, April 03, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment