Semua orang bersalah
Mahather bersalah
Ku Li pun bersalah
Anwar juga bersalah
Orang BN pun bersalah
Khianat punca BN kalah
Yang tak bersalah ialah Pak Lah
Itulah apa yang dikatakan Pak Lah
Semasa berhimpun minggu sudah
Pak Lah dah tak leh tahan dah
Lalu dia pun bertikam lidah
Habis disemburnya macam Hang Tuah
Tak pernah dilihat Hang Lah begitu marah
Doktor dah bersedia takut dia rebah
Dua tiga hari ni dia sudah naik darah
Demam pilihanraya tak kebah-kebah
Bini sakit pun orang kata bini dia alah
Serba tak kena dibuatnya Pak Lah
Apa kamu ingat saya lembik atau softy
Apa kamu ingat saya selalu ikut cakap Khairi
Apa kamu ingat saya bagi harta kat famili
Apa kamu ingat saya bagi bisnes kat Skomi
Apa kamu tak nampak Mahathir berhipokrasi
Apa kamu tak nampak dia nak rosakkan parti
Apa kamu tak nampak dia cuba berbaik dengan Ku Li
Pak Lah nampak begitu menggelabah
Desperate man dan macam tak tentu arah
Ya lah dulu boleh tidur sekarang nak pejam susah
Asyik terbayang muka Mah Det dan laki Azizah
Bini pula bercuti tumit kaki baru dibedah
Jadi 13 Mei bakal menyaksi satu sejarah
Pak Lah angkat bendera putih mengaku kalah!
Bini dia pula angkat bendera merah!
Keris Silau
7 April 2008
Monday, April 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bro Keris...Sorry to say, yg latest ni ntah kenapa kurang 'kick' laa...macam 'missing' tau!huhu..
Bro..anda boleh menulis dgn baik,saya ada baca yg 10 faktor kekalahan BN dlm PRU12. Agak best juga analisa anda. Bro ada blog lain? Selain dari blog bergurindam jiwa ni?Kalau ada kasi tau la.
Apa2...keep it up bro!
Bro Aboo...thanks for your comment. I need this kind of feedback. The reason I am not into article writing is because I have full time job in daytime. I wish i have more time to write. Yang ni pun curi-curi tulis.
Thanks again.
Post a Comment