Tuesday, April 22, 2008

Perth kata Mari, Pak Lah kata Nanti

Pak Lah mula atur langkah
Untuk terus memerintah
Pertama melalui NST Kalimullah
NST londeh UMNO jatuhkan maruah
Hisamudin Khir Toyo semua dipersalah
Shift the blame taktik orang Pak Lah
Sementara tu Khairi terus beruzlah
Sembunyi diri duduk dalam rumah

Tup tup tup semua badan akan diubah
Badan kehakiman dan badan cegah rasuah
Dulu orang bagi tau Pak Lah buat tak endah
Kita dah tulis beratus kali bersurah-surah
Kita kata imej badan kehakiman bermasaalah
BPR tak telus sebab dibawah pengawasan Pak Lah
Oh ya bila SPR akan dirombak atau diubah
Orang macam Rashit elok diheret ke mahkamah
Sebenarnya dia juga punca Barisan kalah
Orang meluat dengan refri yang berat sebelah

Aku rasa BPR dan kehakiman tetap sama
Kalau Pak Lah masih kekalkan orang yang sama
Orang macam Ahmad dan Zaki tak boleh percaya
Zaki pernah jadi UMNO punya barua
Letak jawatan sebab orang tangkap kawin dua
Ini semua taktik Pak Lah nak pulih imejnya
Kena buat sesuatu benda popular yang orang suka
Tengoklah lepas ni Pak Lah akan buat apa
Aku tak terperanjat dia jadi blogger macam kita
Dia nak menandingi kehebatan Raja Petra

Pak Lah sudah tersepit dan tak boleh lari
Pemilihan UMNO bagai mimpi ngeri
Pertama kali presiden kalah never in history
Mungkin kalah teruk hilang deposit lagi
Oleh itu aku agak SPR dipanggil jadi refri
Dakwat hitam mungkin diguna SPR kat jari
Takut Ku Li bawa pengundi hantu luar negeri
Oh UMNO, rakyat kata pergi kubur kata mari!

Keris Silau
22 April 2008

7 comments:

Anonymous said...

Betui lah itu kata Keris Silau...

Nak jadi PM senang saja
Buat patut patut semua kerja
Tak kira China, Melayu atau India bikin kerja bina lebuh raya
Baru boleh semua rayat jelata beraya.

Phack lah

Anonymous said...

Buat tu salah, buat ini salah, Keris Silau patut jadi PM lah. Tak pernah yang positif, semua nya negatif, dulu minat baca, sekarang dah menyampah, dia semuanya betul, macam lah orang PKR, DAP dan PAS tak pernah buat salah, semua nya macam NABI, NABI CINA, NABI INDIA pun ada...HAMPEH betul
Frankly, this is a very negative blog, Keris Silau should instead praise the good and uncover the bad, but for Keris Silau...all is bad...probably should rename to Keris Sial...

Keris Silau said...

Salam,

You are entitled to your opinion, and so do I. What I wrote was my read on the situation. I might not be right, but that was my opinion. This is what all blogging about.

Anyway, thanks for visiting my blog.

Best regards.

Anonymous said...

Dear Keris Silau,

I visit your blog daily to see if something new comes up. I enjoy your writing tremendously. Your writing encapsulate what is happening in Malaysia concisely.

What a waste if someone only sees the negative.

Some one say... If the light in one is only darkness, how dark then is real darkness?

We need medicine to get well and most medicine are bitter :)

Write more KS.

Abdullah Balawi.

Keris Silau said...

Dear Abdullah Balawi,

A person like you inspires me to write more.

Thanks.

Tok Janggut, Kelawai said...

Dear Keris Silau,

I am a regular visitor to your blog and I must say I really enjoy it.

Please continue with your 'creative writing' and never get disheartened by negative comments.

As you have correctly pointed out, every one is entitled to his/her opinion.

taming sari said...

Bahasa Jiwa Bangsa,
Cetusan idea,
Utk kemajuan negara,
Teruskan lg jgn putus asa...