Pabila Anwar mai Masjid Bayan Baru
Orang ramai datang berpusu-pusu
Penganjur jemput juga Cina dan Hindu
Masuk masjid kita sebagai tetamu
Datang dengar ceramah kerajaan baru
Pemberita juga datang tanpa rasa kaku
Tetapi setengah mereka ada yang malu
Takut dimarahi oleh orang-orang Melayu
Dan selepas beberapa hari
Ada beberapa AJK tak puas hati
Mereka kata masjid telah dicemari
Sebab bawa masuk orang makan babi
Dan orang yang pakai tandi
Mereka belum mandi wajib lagi
Ya Allah apa punya sempit mentaliti
Apa yang berlaku pada zaman nabi
Orang masuk Islam di hadapan nabi
Di masjid bukan di pejabat agama negeri
Jadi mereka masih belum Islam lagi
Itu dalil dari Sunnah bukan reka sendiri
Kalau tak percaya silalah tanya Mufti
Dan satu lagi aku nak bertanya
Bagaimana masjid di Penang dibina
Adakah tukangnya orang Islam atau Jawa
Ya kebanyakkannya orang berbangsa Cina
Ramai yang bukan Islam dikalangan mereka
Kalau nak pasang lampu panggil kontrak Cina
Itu boleh pula masuk masjid kita
Oleh itu kita kena lihat kemaslahatan dakwah
Bagaimana Islam yang mudah boleh jadi payah
Fikiran yang sempit walaupun berjubah
Mentaliti yang jumud walaupun tiap tahun ke Mekah
Tiap-tiap tahun tak miss mesti pergi umrah
Alasan supaya hati jadi tenang bila lihat Kaabah
Kalau nak tenang bacalah ayat-ayat Allah
Dan selalulah berjamaah masjid kat rumah
Masjid tu pun banyak barakat dan sakinah
Duit tambang tu bagilah sebagai sedeqah
Supaya dapat manafaat untuk seluruh ummah
Di Palestin orang-orang Islam tertekan
Ada yang dua tiga hari tak dapat makan
Budak-budak Palestin tak dapat pelajaran
Sekolah juga dibom tanpa belas kasihan
Berlaku segala macam jenis penindasan
Kita disini hidup serba kemewahan
Anak-anak kita ke sekolah tanpa ketakutan
Dan kebanyakkan sihat-sihat terlebih makan
Kita tak kisah kat Palestin padahal mereka sama beriman
Dengan Tuhan yang satu dan kitab al Quran
Ayat Mukmin itu bersaudara sudah kita lupakan
Kita terlalu sibuk perkara ranting dan kecil-kecilan
Kita lebih pentingkan janggut dan wangi-wangian
Anak-anak kita disibukkan dengan hiburan
Air mata rakyat Palestin dek kerana ujian yang berterusan
Tapi air mata anak-anak kita sebab AF sampai ke penghujungan
Keris Silau
20 April 2008
Sunday, April 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betui kat Keris silau. Saya cina tapi buat wiring dekat kiblat walk masjid di putrajaya.
macam mana?
Post a Comment