Tuesday, April 29, 2008

Krisis Di Sana-sini

Boleh dikatakan semua makan nasi
Tidak kurang orang yang makan roti
Ada orang tak makan nasi tapi makan mi
Orang Cina pula suka makan congee
Orang Melayu makan nasi hari-hari
Orang India makan tosai atau puri
Orang Benggali pula suka makan capati
Semuanya sedap dimakan dengan kari
Bayangkan Malaysia tiada makanan asasi
Krisis makanan melanda satu hari nanti
Tepung dan beras melambung begitu tinggi

Kalau zaman Jepun kita makan ubi
Zaman la budak makan McD dan KFC
Makan ubi kayu dia orang tak reti
Sebab tu ramai mengalami obesiti
Kurang bersenam asyik tengok TV
Cuma pandai main game exercise jari
Bila besar kencing manis darah tinggi
Arteri kena dua tiga blok jumpa kardiologi
Umur baru tigapuluh kena open-heart surgery

Kita kena bersedia untuk menghadapi
Krisis makanan dan juga krisis energi
Yang mengakibatkan krisis inflasi
Ramai di Afrika kebuluran dan mati
Oleh itu balik kampung tanam padi
Tanah kat belakang tanam bendi
Tanam timun tomato dan juga cili
Atas bumbung pun boleh tanam padi
Itu idea bekas MB Kedah Sanusi
Self-sufficient tak yah impot lagi

Ini nasihat untuk kerajaan negeri
Dan juga para exco serta pak menteri
Jangan ghairah lulus projek industri
Tengok juga projek agro-economy
Walaupun sibuk sana-sini majlis rasmi
Dan sibuk lobi pilih Perdana Menteri
Ya aku bercakap pasal pemilihan parti
Namun kita mesti mempunyai visi dan misi
Dan krisis yang mendadak pada hari ni
Semua kita kena bekerjasama bukan berkelahi

Ini kes Balkis duit 9.9 juta yang dibawa lari
Dipindahkan masuk dalam akaun Bakti
Ini semua kerja Zahrah KhirT punya bini
Guna duit orang bagi melancung luar negeri
Dan dengar bagi biasiswa anak sedara sendiri
Yang sedang belajar di Melbourne University
Ya Keris Silau ada spy di sana-sini

Keris Silau
29 April 2008

3 comments:

miss bukit bendera said...

saudara keris...
saya amat berminat dgn ulasan saudara dlm politik dan hal ehwal negara,boleh saudara perkembangkan ulasan saudara dgn tajuk sukan ,seni atau dunia seni,mungkin teguran saudara boleh membuka mata lebih banyak pihak lagi..

Tok Janggut said...

Saudara Keris Silau,

Kepada keris diucapkan syabas,
Banyak isu yang telah diulas
Semua ulasan ada kelas
Dalam berjenaka saudara 'boh sedaih'

Kepada Keris teruskan berkarya
Jangan kisah ada respon atau tiada
Saya yakin ramai yang sering membaca
Nak komen berpuisi yang berat kepala.

Keris Silau said...

Terima kasih kepada Miss Bukit Bendera (hari Sabtu ni saya naik Bukit Bendera) dan juga kepada Tok Janggut diatas dorongan saudara dan saudari.