Sunday, April 06, 2008

Islam adalah Agama Yang Disalahertikan

Islam adalah agama kedamaian
Islam tidak mengajar keganasan
Itulah yang diajar oleh AlQuran
Jadi apabila MP dari Nedtherland
Membuat filem penuh kebencian
Memutarbelikan ayat dan kenyataan
Filem Fitna yang punya unsur kejahatan
Umat Islam mesti bangun buat bantahan
Kita perlu menyatakan kebenaran

Lihatlah sejarah Islam di Andalusia
Islam membuktikan ianya agama mulia
Islam tidak membunuh walau berlainan agama
Islam tidak merobohkan sinogog atau gereja
Malahan membawa tamadun baru untuk manusia
Yang menjadi pencetus Renassaiance di Europa
Seperti yang disebut ex-CEO HP Carla Fiorina

Mungkin juga Islam disalah erti
Apa yang digambarkan Muslim sendiri
Seperti yang berlaku juga di negeri ini
Muslim yang mengaku baik atau Hadari
Tapi orang tahu apa dibuat untuk kroni
Dan kita lihat bagaimana dia pilih isteri
Dan Muslim secara am yang tidak memahami
Kes rasuah kes seleweng dan kes curi
Gejala sosial dan gejala rogol anak tiri
Dadah hiburan melampau dan buang bayi
Ramai yang melibatkan Muslim sendiri
Miskin melarat dan masyarakat subsidi
Jadi orang bukan Islam takut untuk dekati
Padahal mereka ialah yang mengengkari
Tidak kiralah namanya Khairi atau Noori
Kebaikan dan cahaya yang tidak menyinari

Jadi kita perlu buatkan mereka faham
Kebenaran dan kebaikan agama Islam
Islam yang memberi rahmat seluruh alam
Banyak benda yang halal dari yang haram
Umat Muslim kena pelajari lebih dalam
Islam bukan solat puasa atau haji di Tanah Haram
Islam adalah way of life atau satu nizam
Islam bukan bersifat macam kapal selam
Kejap timbul dan kejap karam
Islam toleran dan tidak berlaku kejam
Tidak boleh paksa orang masuk Islam
Oleh yang demikian dan akhir kalam
Bersifat terbukalah apabila memahami Islam.

Keris Silau
6 April 2008

khair = kebaikan
noor = cahaya
nizam = sistem

Keris Silau mengalu-alukan komen saudara-saudari.

3 comments:

miss bukit bendera said...

saudara keris....
saya brketurunan melayu,suami saudara baru berketurunan cina,alhamdullillah kami hidup aman bahagia,keluarga sebelah suami ,walau bukan islam tapi mereka lebih menghormati islam,contohnya apa yg boleh apa yg tidak, kita kena trangkan dgn cara yg mudah supaya mereka faham cara hidup orang2 islam.hubungan saya dgn keluarga sebelah suami amat rapat,begitu juga suami dgn keluarga saya,brsyukur kehadrat Allah saya berada didlm keluarga yg majmuk.

blando said...

Assalamualaikum.
Apa habaq orang Pantai Jerejak semenjak DAP pegang kuasa?Kirim salam kat Faisal,tanya awat lama dah tak mai London?

Keris Silau said...

Wooi....orang Pantai Jerjak selamat, aman dan makmur dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat bukan DAP. Faisal selalu pi London, aku baru pi last September. Ingat nak pi tengok bola. Boleh tumpang rumah hang. Mahai dok kat London.

By the way, thanks for dropping by my blog.

Patek.