Monday, December 17, 2007

Habuk pun tara!

Menteri Dalam Negeri cakap kosong belaka
Satu bentuk penipuan jauh dari fakta
Bila beri jawapan dalam parlimen yang mulia
Katanya bantuan diberi untuk keluarga mangsa
Bantuan apa wahai pembesar negara
Bantuan tak ada gangguan ada
Nak beri dua ratus bukan main berkira
Tapi habuk pun tara
Bukan dua ratus yang kami minta
Kami mahu mangsa ISA dibebas segera
Bantuan apa kalau diganggu SB-SB durjana
Memberi tekanan dan pecah cermin kereta
Ugutan demi ugutan kepada isteri mangsa

Menteri cuma pandai buat kenyataan
Tapi tidak tahu akan keadaan
Zaman dia katanya tak ada tangkapan
Tapi ISA diguna di seberang Laut Cina Selatan
Ini lah sebahagian dari perangai setan
Suka tipu demi menjaga kedudukan
Ya lah sebab mahukan kemewahan
Dia bukan tahu apa erti penderitaan
Naik bot mewah di seberang lautan
Kita disini disiksa susah cari makan
Dia boleh bawa artis luar berpesta-pestaan
Berhibur bergelak ketawa dalam majlis keramaian
Kita disini menangis anak-anak kelaparan

Wahai kerajaan pimpinan Dollah Badawi
Apa jenis ajaran yang dibawa Islam Hadari
ISA tak ada dalam ajaran Islam ori
Tangkap tanpa bicara bukan ajaran Islam yang suci
ISA ni hukum fikah ke berapa Islam Hadari
Sedarlah sikit umur semakin tua dimakan hari
Rumah kata pergi kubur kata mari
Kau nak jawab apa kat kubur nanti
Kau nak minta tolong sapa khairi
Dalam kubur yang gelap tak ada khairi atau nori
Kau kena jawab seorang diri
Begitu juga dengan pembesar dan menteri
Soal akhirat syurga neraka tak boleh lari
Sekarang di dunia kamu semua siksa kami
Kamu tangkap kami punya suami
Bagi alasan mengancam keselamatan negeri
Pala hotak kau apa punya alasan yang diberi
Jemaah Islamiyah tak ujud di Malaysia kata IGP
Kenyataan bercanggah tak kiralah Dompok atau Johari
Nampak sangat nak menipu tentang hak asasi
Oleh itu janganlah buang masa lagi
Bebaskanlah mangsa akta kejam ini

Keris Silau
16 December 2007

No comments: