Thursday, December 06, 2007

Aku Muslim Yang Baik

Itulah yang dikatakan Pak Lah
Mari kita semua ucap Alhamdulillah
Diharap semua menteri ikut jejak langkah
Mulakan dengan bertaubat nasuhah
Bagaimana pula dengan Jean Abdullah
Bila nak memilih ikut perintah Allah
Bukan cuma bertudung masa kenduri arwah

Mari kita lihat ciri-ciri Muslim sejati
Supaya menjadi panduan suami-isteri
Pertama kita mesti beriman dengan Almighty
Tuhan untuk semua makhluk dibumi
Apa yang disuruh kita patuhi
Apa yang dilarang kita jauhi
Selain mengerjakan solat, berpuasa dan haji
Keluarkan zakat tanpa memikirkan rugi
Makan dari sumber yang halal dan suci
Maka bertambah keberkatan kita punya rezeki

Selain itu hati dan tutur kata mestilah ikhlas
Kita mesti tunaikan apa yang telah dituntas
Bercakap semua boleh mudah dan pantas
Namun kelakuan dan perangai mestilah seiras
Sebab malaikat catat tanpa henti tanpa batas
Baik buruk semua dicatat tidak terlepas
Sebesar zarah pun dikira juga tidak terlepas
Termasuk harta negara yang dikebas
Tak kiralah untung besar seperti Petronas
Komisen senjata atau misi angkasa lepas
Malaikat merupakan Suruhanjaya Bebas
Tidak terikat dengan UMNO atau PAS

Sebab tu kita mesti berhati-hati
Sebab suruhanjaya bebas sedang perati
Dia repot terus kat Allah bukan Perdana Menteri
Dia punya kontrak bukan disambung setahun sekali
Dia simpan semua rekod dan bukti
Klip video pun ada guna teknologi lebih tinggi
Semua akan dipertonton di padang mashar nanti
Oleh itu kita mungkin dibilik seorang diri
Tanpa ada sesiapa walaupun pengawal peribadi
Tanpa ada tape atau rakaman CCTV
Kita terima rasuah berguni-guni
Sebab kita yakin tak ada sapa boleh bawa bukti
Tapi kita lupa Allah sentiasa memerhati!

Semoga menjadi iktibar
Keris Silau
6 Disember 2007

No comments: