Tuesday, June 15, 2010

Waka Waka eh eh Africa

Waka Waka eh eh Africa

Oh sudah mula rupanya pesta bola
Sebab jalan lengang buat sementara
Muka depan akhbar papar team Korea
Begitu juga striker Jepun namanya Honda
Ingatnya motor atau kereta tapi pemain bola
Untuk satu bulan polis berehat seketika
Sebab pencuri dan perompak pun tengok bola
Lagipun tengah malam lampu asyik menyala
Menyorak solah-olah berada di South Africa

Di kedai kopi Pak Mat pun sembang bola
Siap dengan analisis aksi Piala Dunia
Hafal semua nama pemain ternama
Ada yang tukar last name jadi Maradona
Begitu kuatnya pengaruh hero Argentina
Begitu juga penyerang sensasi Barcelona
Lionel Messi mengelicik 3-4 pemain Nigeria
Hangat diperbincangkan di pelusuk negara
Sehingga turut menyanyi lagu Shakira
Waka waka eh eh time for Africa

Dalam kemeriahan menyaksi Piala Dunia
Kita lupa cerita habis Freedom Fortilla
Kekejaman Israel terhadap kapal Mavi Marmara
Kita lupa habis nasib umat Islam di Gaza
Israel yang dikutuk dunia senyum gembira
Dunia asyik dengan bola bola bola bola
12 aktivis pun sudah dilupai media perdana
Tenggelam dek keghairahan World Cup di Afrika
Semua tertumpu kepada 22 lelaki mengejar satu bola!

Keris Silau
15 June 2010

Monday, June 07, 2010

Mavi Marmara

Kita ucap takziah kepada 9 keluarga
9 syahid dalam kapal Mavi Marmara
28 anak-anak kehilangan bapa
Namun mereka seharusnya berbangga
Walaupun sedih kehilangan orang tercinta
Allah telah memilih 9 aktivis ini ke syurga
Yang lain-lain belum lagi walaupun rasa lega

Syukur Alhamdulillah dunia membuka mata
Perbuatan tentera Zionis yang durjana
Menceroboh kapal di perairan antarabangsa
Membunuh ikut sesuka hati mereka
9 yang mati ditembak 30 kali oleh senjata
Nampak sangat Zionis ini kejam gila
Dan sanggup lancar video propaganda
Mengatakan terroris yang menyerang tentera
Siapa yang terroris kalau tanpa senjata

Walaupun syukur selamat aktivis kita
Tapi kita tidak tahu nasib saudara kita di Gaza
Bantuan yang dibawa tidak sampai ke sana
Habis dirampas oleh si Zionis celaka
Mereka akan terus merana dan menderita
Mereka akan terus lapar dan dahaga
Mereka akan terus dibedil bom-bom Amerika
Termasuk anak-anak kecil dan wanita-wanita

Membantu mereka sudah jadi wajib ke atas kita
Kita disini masih boleh hidup selesa
Kita disini mewah dengan banyak kenduri kendara
Nasi minyak nasi bukhari dan nasi pattaya
Anak-anak muda kita merempit disini sana
Masih leka dengan hiburan Akademi Fantasia
Ada yang kata ini masalah Arab bukan masalah kita
Pemimpin kita pula boleh halalkan judi Piala Dunia
Menghalalkan perkara yang diharamkan Allah taala
Jadi apakah Allah lebih sayang kita atau mereka di Gaza
Nanti lihat siapakah yang paling ramai di syurga

Keris Silau
7 June 2010