Bahang pilihanraya sudah dirasa
Kehangatannya lebih dari biasa
PRU12 dijangka dalam bulan tiga
Maka media perdana sudah mula propaganda
Semalam Pak Lah tersenyum bersama keluarga
Dipaparkan bersama cucu di akhbar2 utama
Khairy dan Nori juga kelihatan bersama
Tak ada gambar minyak masak di pasaraya
Untuk melupakan orang ramai kenaikan harga
Selepas ini propaganda berganda-ganda
Kita akan saksikan mereka lawat orang2 tua
Makan bersama orang kampung sambil bersila
Rasmikan balairaya, sekolah hatta tadika
Mengusap kepala pelajar sekolah di desa-desa
Bagi mengatakan mereka prihatin dan mesra
Pembangkang tidak boleh guna media
Tetapi muka mereka akan keluar juga
Seperti Anwar menari semasa dia nombor dua
Dan banyak berita yang negatif belaka
Tunjuk Haji Hadi punya serban besar belanga
Macam ala Taliban atau pengganas alQaeda
Untuk menakutkan orang bukan Islam di Malaysia
Pilihanraya berat sebelah memang begitu nyata
Dibantu oleh Pengerusi SPR yang begitu setia
Selepas 1999 SPR telah buat persempadanan semula
Bagi BN menang besar di seluruh negara
Kelantan hampir tumbang ke tangan mereka
PKR cuma menang satu kerusi parlimen sahaja
Pak Lah merasakan dia PM paling berjaya
Namun PRU 12 akan ternyata berbeza
Kerajaan tiga beranak ramai yang tak suka
Rasuah dan penyelewengan begitu berleluasa
Semakin teruk bukan semakin baik seperti yang disangka
Kepentingan negara banyak dijual ke Singapura
Badan kehakiman hilang kepercayaan rakyat jelata
Bangunan kerajaan bocor di Putrajaya dan Jalan Duta
Ahli2 parlimen BN yang tolol dan hina wanita
Penyelewengan yang teruk dari lapuran Audit Negara
Banyak lagi kalau nak tulis tak cukup satu muka
Pasal klip video Linggam dan pembunuhan Altantuya
Dan peribadi Pak Lah yang lembik dan tidak upaya
Sering tidur dalam majlis bukan lagi rahsia
Peribadi seperti Nazri dan Hisamudin ketua pemuda
Bersikap seperti gangster umtuk membela bangsa
Macam negeri ini bapa dia yang punya
Memang tidak digemari terutama orang Cina
Jadi bersedialah wahai rakyat Malaysia
Untuk menyaksikan lakunan dan sandiwara
Dari pendekar mat jasin dan si panglipurlara
Imam Besar Hadari dan anak menantunya.
Keris Silau
14 January 2008
Monday, January 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment