Ke hadapan Nana ku,
Najib kata jaga tingkah laku
Dengan kata lain ikut macam aku
Pandai buat orang lain tak tahu
Sebab bukti sudah jadi abu
Mac am kes si Atantuya Sharibu
Soi Lek kena belajar ilmu tu
Terutama dari menteri2 A Ma Nu
Sampai ke sudah dia tak mengaku
Sebab orang Melayu perangainya malu
Oleh itu dia buat dalam kelambu
CCTV tak dapat rekod sebab kelabu
DNA tak jumpa atas tilam dan bantai kekabu
Esok dia tetap mandi wajib sebab ianya fardu
Di dunia boleh sembunyi tapi akhirat semua akan tahu
Nana, ini ada satu lagi cerita
Mungkin Nana terlepas baca
Dalam NST Radzi diwawancara
Dia mahu MB baru untuk negeri di utara
Gantikan Shahidan yang semakin kuat agama
Orang Perlis nak berkaraoke kena pi Pulau Mutiara
Jadi dia mahu Azmi sebab dia ada bini muda
Sapa lagi kalau bukan Normala
Perempuan Melayu tercantik di dunia
Sebab dia boleh tarik pelancung ke sana
Kah kah kah menteri macam ni pun ada
Sebab tu Malaysia sekarang dalam gerhana
Sebab otak menteri macam buah kana
Tapi rakyat pun dua kali lima
Undi puak-puak ni dalam pilihanraya
Demokrasi ala Malaysia
Pengundi di suap dengan propaganda
Bukan setakat tu SPR pun sama
Rashid kata dia tak boleh buat lawak jenaka
Dia kata pilihanraya around the kona
Maknanya mungkin bulan dua atau tiga
Dia suruh semua rakyat percaya
Ya Allah awatlah teruk sangat perangai depa
Sorilah hari ni aku tulih loghat utara
Dah habis pikiaq sampai pecah kepala.
Selamat Menyambut Tahun Baru 1429
Keris Silau
7 Januari 2008
Monday, January 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment