Hang Lah tidak yakin menang
Dalam pilihanraya akan datang
2004 cemerlang, gemilang, terbilang
2008 banyak kerusi BN akan hilang
Pengakuan yang dibuat terang-terang
Selepas berjumpa dengan 3000 orang
Hang Najib disebelah tersentak jawapan hang
Sebelum lawan dan ngaku kalah siang-siang
Teringat aku kat Misbun lawan Hang Jiang
Hang Lah perlukan lebih mandat
Tidak cukup apa yang dia dapat
Dia mahu menang macam 2004
Lima tahun katanya tidak sempat
Nak buat perubahan yang mampat
Banyak benda yang hang tak mampu buat
Hang Lah kata 30 tahun baru semua dapat lihat
Visi dan misi yang dibuat untuk rakyat
Peeeeeerah inilah dia Hang Lah punya tipu muslihat
Selama lima tahun apa yang hang buat
Hang Lah asyik tidur di luar atau dalam pejabat
Dalam majlis rasmi atau bila bermesyuarat
Hang delegatekan kerja kat budak Tingkat 4
Habis harta negara disapu dan disebat
Khazanah negara hanya tinggal habuk serat
Penang Bridge cuma dapat buat sekerat
Habis rosak besi-besi dan cerucuk jadi karat
Hang Lah sudah tidak ada kemampuan lagi
Ramai rakyat sudah mulai mual dan benci
Dengan kepimpinan yang longlai dan lali
Rasuah semakin teruk dan tidak terbendung lagi
Jenayah semakin meningkat dari hari ke hari
Moral semakin teruk dikalangan menteri-menteri
Dan terus membiarkan bermahajarela Hang Khairi
Hang Khairi yang berkuasa tanpa jawatan menteri
Hang Lah juga tidak mampu lagi menangani inflasi
Hang Afdal tak tau buat apa cuma melawat pasar hari
Malah Hang Lah juga tidak mampu mentadbir ekonomi
Nasib baik lah ada orang macam Hang Zeti
Eloklah demi rakyat Hang Lah diminta berhenti
Hang Lah pergi lah berjalan dengan bini
Tak payah susah-susah lah jadi Perdana Menteri
Ikut macam mantan PM jadi mamak jual roti
Cukup lah lima tahun rosak habis satu negeri
Takut lagi lima tahun lingkup habis the whole country
Masa tu bukan hang cari damai abadi
Masa tu orang baling ketui batu berkodi-kodi.
Keris Silau
25 January 2008
Have a good weekend!
Friday, January 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment