PM ditempelak oleh anak-anak muda
Dihadiahkan bantal sebagai tanda
Terkejut pihak keselamatan dan pemberita
Tidak pernah PM ditempelak sedemikian rupa
Sebab kata mereka memorandum tidak dibaca
Dibakul sampahkan dan respon pun tiada
Mau tidak mau pihak PM terus menerima
Hal ini belum dilapurkan media antarabangsa
Maka menjadi cukup aib kepada pemimpin negara
Jikalau berita ini dibaca di seluruh dunia
Mufti Perlis kata jangan jatuhkan air muka
Apabila menegur pemimpin negara
Tapi kita juga kena ambil kira
Sikap sebahagian anak-anak muda
Orang muda memang berlainan jiwa
Mungkin sudah bosan dengan pelbagai cerita
PM tidur dalam majlis rasmi bukan rahsia
Sudah jadi bualan umum merata-rata
Mereka malu punyai PM yang suka lena
Mana mungkin dapat membawa Malaysia
Ke satu tahap yang diiktiraf dunia
PM yang paling lemah yang kita ada
Minyak masak kurang dikedai dan pasaraya
Walaupun kita pengeluar terbesar didunia
Inflasi yang mencengkam rakyat jelata
Rasuah dan pecah-amanah berleluasa
Badan kehakiman yang tercalar imejnya
Indeks jenayah yang meningkat luarbiasa
FDI yang sekarang in kurang dari Indonesia
Cakap menantu boleh dijadikan polisi negara
Dan beliau masih kekalkan pemimpin yang tak guna
Orang seperti Rashid, Jasin, dan Zakaria
Semuanya boleh jadi bahan ketawa
Sudah sampai masanya
Kita perlu pimpinan yang berwibawa
Sekurang-kurangnya adil dan saksama
Kepada semua tidak kira bangsa
Melayu, Cina atau pun India
Bukan cuma cakap saja
Dan tidak tunduk kepada sesiapa
Kecuali Tuhan yang Maha Kuasa.
Keris Silau
9 January 2008
Wednesday, January 09, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment