Wednesday, November 14, 2007

Tok Pa, Universiti nak jadi apa?

Apa jadi dengan universiti tempatan
Tidak sehebat macam negara jiran
Minta Tok Pa tolong bagi jawapan
Kita tidak mahu dengar alasan-alasan
Kita nak tahu apakah pelan tindakan
Sebagai rakyat yang pentingkan masadepan
Kita nak tahu dimanakah arah tujuan

Selama ni kita dengar banyak rungutan
Pertama dari segi pucuk pimpinan
Selalunya VC dipilih dari kawan-kawan
Bukan dari kapabiliti atau berwawasan
Cuma VC USM diberi pengecualian
Yang lain cuma layak jadi Ketua Bahagian
Apa-apa sikit nak mengadu kat Kementerian
Seperti pensyarah yang sokong parti bulan
Atau staf yang dilihat bersama demonstrasi jalanan
Tak ada kerja lain cuma hantar lapuran
Seolah-olah itu yang menjadi keutamaan
Tadbir universiti macam jaga Umno Bahagian
Macam ni nak jadi World Class tuan-tuan

Manakala pelajar selalu dibawah kawalan
Dari akta universiti hinggalah akta hasutan
Tak ada sapa berani nak kutuk kerajaan
Nanti kena tarik biasiswa atau pinjaman
Mereka diarah cuma tumpukan pelajaran
Sebab tu pelajar tak ada sikap keterbukaan
Dan takut untuk bertanya soalan
Tak berani nak keluar pendapat dan bantahan
Macam ni nak jadi World Class tuan-tuan

Buat bajet universiti cuma cukup makan
RM460juta setahun sikit wahai Mentri Kewangan
Daripada perabis duit hantar angkasawan
Eloklah besarkan bajet untuk kajian dan pembangunan
Lantik VC yang amanah dan berwawasan
Bukan dari mereka yang bodek Menteri Pelajaran
Itu yang buat universiti jadi tak ketahuan
Takut nanti VC kucup keris masa Konvo Tahunan

Keris Silau
14 November 2007

Click here for Top 200 World Universities by THES-QS
http://www.topmba.com/fileadmin/pdfs/2007_Top_200_Compact.pdf

3 comments:

phillowthegreat said...

hahahhaha.....bagus...ader gak owg sedar erk...ingatkan x der...terutamanya UNIVERSITI UTARA MALAYSIA...nak berontak pon, takut nanti kene buang lak..nak wat per lagi? dah GOVERNMENT set up like tis...tp, yg penting MALAYSIA TODAY keeps it head up!!!

(phillowthegreat)

Anonymous said...

Naib-naib canselor diberi peluang untuk menaikkan kedudukan universiti. Sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kedudukan satu matapun dah mencukupui, tapi apa yang berlaku semua 4 universiti penyelididikan kita 'terpelanting' jauh. semua dalam kelompok 300. Kepimpinan universiti kita tiada konsep apa itu kecemerlangan akademik, lalu tiada usaha ke arah itu difokuskan. Mereka cuba cari jalan singkat seperti memasuki pertandingan penyelidikan yang kononnya disadurkan dengan nilai akademik. Mereka menang, hebuh tapi sumbangan itu tidak termasuk dalam komponen menilai markah untuk kedudukan ranking dunia.Pokoknya ramai staf akademik kita tidak mempunyai kemahiran membuat penyelidikan beraraf tingkat tingii dan kurang kemahiran menulis laporan kajian dalam bahasa Inggeris. Mereka lemah dalah dalam dua aspek ini. Tok Pa sedar akan hal ini tapi sulit sekali ntuk memperkasakan hal itu dalam tempaoh satu abad mendatang ini. Maka salah satu tindakan ialah tukarkan naib-naib canselor yang berkenaan. Mereka tiada kepimpinan untuk membawa nama baik universiti ke persada dunia.

Anonymous said...

Universiti diMalaysia bukan untuk menmupuk minda "world class", ia adalah kilang kertas (paper mill) yang ada kaitan politik.

Cakap cakap tentang world class adalah rethoric sahaja untuk mengkhaburi mata rakyat kerana tiada kehendak sebenar untuk tujuan demikian.

Macam mana untuk melahirkan world class jika meritocracy tidak diamalkan ?.

Di universiti tempatan, politik ada akar disegala galanya .