Tak ada ribut atau taufan
Cuma manusia bagai lautan
Berhimpun protes secara aman
Agar pilihanraya berlaku keadilan
Mesej rakyat dalam perhimpunan
Supaya SPR ambil perhatian
Tiba-tiba dah cakap bukan-bukan
Sampai nak letak jawatan
Kalau betul ada pembohongan
Bila terbukti di mahkamah persekutuan
Mula-mula dia dah buat kejutan
Dia dah tau piliharaya berapa haribulan
Maka terkejut kita punya Timbalan
Begitu juga dengan anak arwah Dato Kailan
Belum dapat ilham Pak Lah punya jawapan
Tapi Rashid kata dia dah tau haribulan
Macam mana ni wahai tuan-tuan
Siapa yang membuat pembohongan
Pak Lah atau Rashid Abdul Rahman
Atau depa dua ni buat lakunan
Sebab TPM dah lompat sakan
Dia kata mana ada jalan
Aku orang nombor 2 dalam kerajaan
Aku pun tak tau berapa haribulan
Ha ha ha apa lah engko orang Barisan
Rashid tu mulut tak ada tapisan
Sapa suruh engko bagi tau teman
Bukan sahaja kau kena letak jawatan
Malahan kau patut terima hukuman
Tapi kau berani berkata demikian
Sebab 31/12 kau tamat perkhidmatan
Jadi kau temberang kita orang sakan
Keris Silau co-authored with Tombak Suasa
21 November 2007
Wednesday, November 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment