Raja dah bagi titah ucapan
Berisi, bernas dan sopan
Rakyat gembira bagi sokongan
Tapi ada yang jadi tak keruan
Nazri masih nak melawan
Simangkuk hayun patut kena sawan
Tak puas hati dengan Azlan
Nazri kata tidak perlu perubahan
Azlan kata perlu reform badan kehakiman
Nazri kata Agung kena setuju perlantikan
Mesti sign rekomendasi dari kerajaan
Sultan tak mau turunkan tandatangan
Tahniah kepada DYMM Sultan Mizan
Sedangkan terang lagi bersuluh titah Sultan
Berdosalah saya kalau berbuat demikian
Macam muka depan suratkhabar Mingguan
Lah-Lah pun tahu dosa langgar perintah Tuhan
Dah tahu rapat dengan Linggam dan Vincent Tan
Nak sambung juga CJ punya perkhidmatan
Memang ternyata begitu cetek pemikiran
Kat orang kampung bolehlah berlakun beriman
Berdosa kalau biar orang Melayu ketinggalan
Nak tanya berdosa tak pegang bahu pompuan
Kini rakyat menaruh harapan
Raja-raja bertindak seperti guardian
Atau bertindak seperti ombudsman
Tempat rakyat mengadu kezaliman
Kalau tidak berlaku lagi banyak penyelewengan
Salah guna kuasa tanpa batasan
Lihatlah apa yang dilakukan Musa Aman
Bukan Musa yang di Bukit Aman
Musa ni anugerah bintang kepada BPR Hamdan
Sedangkan lapuran polis dibuat Jefri Kitingan
Puak-puak ni eloklah diberi peringatan
Mentang-mentang negeri tak ada Sultan
Bintang kebesaran dijadikan alat mainan
Bagi ikut sesuka hati tanpa kawalan
Begitu juga dengan mereka punya keceluparan
Terutama MP Padang Rengas Perak Darul Ridwan
Sedarlah sikit setelah Sultan sendiri beri teguran
Nazri jangan nak tunjuk hero nak melawan
Kalau kat kolek bolehlah tunjuk kejantanan
Mohon rakyat supaya segera dia dimantan
Keris Silau
November 5 2007
Monday, November 05, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment