Friday, November 09, 2007

UBAH SEBELUM PARAH

Ubah sebelum parah
Ubah demi maruah
Hentikan pemimpin rasuah
Hentikan pemimpin lemah
Tukar kerajaan Pak Lah
Sampai mereka tumbang kalah

Kami mahu pilihanraya bersih
Sebab SPR selalu pilih kasih
Ke atas Raja kami menjunjung kasih
Suara rakyat janganlah disisih

Umno bukan pejuang bangsa
Politik wang yang berleluasa
Supaya mereka terus berkuasa
Lupa kepada Yang Maha Esa

Mana ada lagi yang ikhlas
Semua projek mereka balas
Serupa aja bawah atau atas
Pantang tengok wang kertas

Keris Silau
9 November 2007

1 comment:

Anonymous said...

politik mane yg BERSIH...ko cuba jaga 50 org cina,50 org india,50 org melayu yg macam2 kerenah...ko cuba jaga dulu,baru boleh ko cadang nak ubah kerajaan.cakap senang la,aku pun boleh cakap gak.nak bersyair pun boleh,xyah nak pantun2.pikir la dulu,org ckap kau pun nak cakap gak.