Tuesday, November 27, 2007

Sudah Lupa Perjuangan Untuk Siapa

Boleh kah kita percaya
Mereka adalah pejuang bangsa
Mereka adalah pembela agama
Tapi bila kita minta benih dan baja
Bila anak kita pohon biasiswa
Mereka tanya kita sokong siapa
Sokong keris atau bulan purnama
Apa salahnya kalau aku kata rahsia
Oh ya mana ada rahsia dalam pilihanraya
Tiada rahsia bila nombor siri tertera
Tambah lagi kalau undi pos tentera

Permohonan akan ditolak dukacita
Begitu juga rumah kos rendah atau sederhana
Walaupun kita ni bertaraf Bumiputera
Itu semua belakang kira
Yang penting adakah kita Umnoputera

Kalau sokong Bulan jangan harap la
Begitu juga kalau ada niat dan cita-cita
Nak jadi Kontraktor Kelas A Bumiputera
Projek lanskap atau projek buat balairaya
Projek semua disapu oleh kroni depa
Dalam Umno pun berebut ini kan kita

Begitulah sebut lah apa saja
Segala macam permit yang ada di Malaysia
Permit teksi atau permit kereta sewa
Pinjaman Amanah Iktiar atau Mara
Teringin nak buka kedai nak meniaga
Semua tu ada kira-kira belaka

Tanah TOL macam tanah depa punya
Begitu juga dengan tanah rizab pusaka
Semua tu berlaku depan mata
Tengoklah kes Datok Zakaria
Di tanah itu dibina mahligai istana
Dan ada hajat nak ambil tanah TOL disebelahnya
Beli 100 ribu tapi nilai satu juta
Inikah dia pejuang bangsa dan agama
Ini baru satu contoh wahai saudara

Itu sebab aku ingin bertanya
Mana dia hak-hak istimewa
Jadi bangsa Melayu atau Bumiputera
Hak Melayu sudah diliwat mereka yang berkuasa
Ini yang nak bagi tau kaum India
Bukan masalah kaum atau bangsa
Ini semua cerita tamak haloba
Dan hasad dengki yang meluap lama
Dan Pak Lah boleh kata dia PM untuk semua
Itu semua cakap kosong belaka

Betul kata bekas pujangga
Melayu ni mudah lupa
Tapi bab harta tak boleh lepa
Kalau boleh sapu semua
Tak kira hak org miskin atau papa
Untuk bangsa hanya slogan kata-kata


Keris Silau
27 November 2007

3 comments:

Anonymous said...

"Oh ya mana ada rahsia dalam pilihanraya
Tiada rahsia bila nombor siri tertera"

Saya merasa khuatir jika di atas digembar gembur. Ini ialah kerana ia akan menakutkan ramai pegawai kerajaan dari mengundi parti pembangkang. Sebaik-baiknya, pengundi patut diberitahu, jangan bimbang, undi anda rahsia, tidak akan diketahui sesiapa.

Saya percaya pihak pembangkang akan mendapat lebih undi di dalam pilihanraya lepas sekiranya tidak ditakuti dengan kemungkinan undi mereka boleh dikesan.

Keris Silau said...

Selama ini pun pegawai kerajaan sudah pun maklum yang undi mereka diketahui kerajaan. Lihatlah Putrajaya, satu contoh yang nyata.

Anonymous said...

Ini pertama kali saya membaca karya keris silau...memang menyilau!

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan sekarang sudah lupa dan sudah alpa dengan nasib rakyat tak kira Melayu, Cina India. Contohnya Kg .Chubadak di Sentul tahun 1996-1997.

"raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" - kalau pemimpin zalim macamana?

Suresh Kumar B