Friday, November 23, 2007

Rakyat Malaysia Semakin Gila

Tiga juta rakyat Malaysia gila
Menteri Kesihatan dipetik berkata
Perlukan ramai pakar sakit jiwa
Macam-macam jenis gila
Gila talak gila babi dan syok gila
Yang suka tengok EPL tu gila bola
Macam mana boleh jadi gila
Ada satu skru longgar di kepala
Atau wayar terputus jadi dua
Syiok giler bermain dimulut sentiasa
Majalah yang paling laku pun Gila-Gila

Linggam pun kata adik dia gila
7 jam BPR siasat VK Thirunama
7 jam BPR cakap dengan orang gila
Mungkin BPR pun juga gila
Tapi kalau Thirunama tu gila
Hari ni BPR nak guna penyaksian dia
Linggam bagi rasuah kat hakim takguna

Di parlimen pun ramai yang gila
Selain dari yang suruh pejam satu mata
Kebanyakkannya gila kuasa
Gila pangkat dan gila takhta
Ada yang berperangai macam orang gila
Sampai nak ajak lawan MP wanita
Ingat tak sembelih lembu punya cerita
Bukan ka tu kerja gila

Begitu juga di Pusat Dagangan Dunia Putera
Badarudin sebagai Pengerusi sementara
Kata hidung Hisham boleh kopek kelapa
Dan nampak terowong pramugari Air Asia
Heran orang macam ni pun Pak Lah suka
Sharizat pun diam tak kata apa
Kalau Tok Guru yang kata
Tentu melompat sakan di media

Gila yang paling bahaya
Pendapat aku ialah gila kuasa
Sanggup lakukan apa saja
Sanggup khawin walau tak bercinta
Sanggup buat-buat langgar kereta
Kononnya macam Hollywood punya cerita
Tergamak panggil orang kera
Kononnya nak tunjuk terra
Kat sapa lagi kalau bukan Pak mertua
Semua kerana nak capai cita-cita
Nak jadi Perdana Menteri paling muda

Keris Silau
23 November 2007

2 comments:

along said...

last2 semua malaysia gila dpt gomen yg gila

moog said...

tahniah! saya sangat setuju!