Thursday, November 29, 2007

Motif Perjuangan

Surah Al-Asr menjadi surah pilihan
Demi masa manusia dalam kerugian
Kecuali mereka yang beriman
Dan amal saleh serta berpesan-pesan
Dengan kebenaran dan kesabaran

Ayat ini memberi peringatan
Dalam kita meniti perjuangan
Hendaklah berteraskan keimanan
Bukan berteraskan keduniaan
Bukan berteraskan kebangsaan
Bukan berteraskan kepartian

Kita akan berada dalam kerugian
Jikalau kita tidak berbuat demikian
Jikalau kita tidak mengajak kebaikan
Jikalau kita tidak ingat kat Tuhan
Jikalau tidak benci kemungkaran

Surah ini pendek tapi banyak pengajaran
Saidina Umar kata cukup kalau ia saja diturunkan
Seperti yang terdapat dalam Fizilalil Quran
Pendorong positif dalam kehidupan

Surah ini memecah beberapa kefahaman
Seperti fahaman ananiyah atau keakuan
Amal ibadat saja tidak cukup jadi bekalan
Dakwah iaitu berpesan-pesan satu tuntutan

Oleh itu ayat ini menolak ajaran songsang
Seperti jangan jaga tepi kain orang
Buat apa sibuk ambil hal orang
Kubur aku kubur aku kubur hang kubur hang
Popular dikalangan orang Melayu sekarang

Surah Al-Asr bukan cuma penghias
Tuntutan dalam surah ini cukup luas
Motif perjuangan kita mesti jelas
Perjuangan kita hendaklah ikhlas
Perjuangan untuk Allah paling atas


Semoga mendapat Iktibar,
Keris Silau
28 november 2007

3 comments:

Bunga Rampai said...

Salam,

Terima kasih mengingatkan.

Alhamdulillah.

Keris Silau said...

Thank you for your support Bunga Rampai.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.