Monday, June 25, 2007

Apakah Salah Ku?

Satria hanya orang biasa
Hidup sederhana di desa
Namun tidak suka buang masa
Suka ikuti kuliah dan ajaran agama
Menimba ilmu supaya penuh didada

Di desa ada seorang kiai dari Jawa
Orangnya alim berperibadi mulia
Mengajar orang kampung tuntutan agama
Termasuk jihad melawan si durjana
Namun siKiai tidak dapat bertahan lama
Kerana disyaki militan oleh pihak berkuasa
Lalu diekstradisi Kiai ke negeri asalnya

Satria sedih mendengar berita
Guru yang mengajar ilmu agama
Guru yang mengajak manusia ke syurga
Guru yang memberi amaran tentang neraka
Ditangkap pihak kerajaan Indonesia
Kerana ditekan kerajaan Amerika

Kesedihan Satria tidak berakhir di situ saja
Pada pukul 4 pagi datang sebuah kereta
Diketuk kuat pintu hingga semua terjaga
Kami mahu Satria keluar segera
Kami hendak tahan Satria
Satria bertanya apa salah saya
Ikut kami kebalai jangan tanya apa-apa
Isteri dan anak-anak terpinga-pinga
Nak minta tolong dengan siapa
Suami dibawa pergi begitu saja
Jaga anak baik-baik wahai Laila
Pesan Satria kepada isteri tercinta
Mungkin abang pergi tidak lama

Kini sudah lima tahun Satria di Kemta
Ditangkap dan dimuatkan di penjara
Dihumban ke penjara tanpa siasat bicara
Di sel sempit hidup merana
Mental dicabuli jiwa disiksa
Badan yang sihat tinggal rangka

Satria dituduh bersubahat bersama
Untuk bikin kacau-bilau satu negara
Tapi dituduh tanpa siasat bicara
Ini betul-betul kes aniaya
Yang tidak bersalah jadi mangsa
ISA ni apa punya akta??
Tahan orang tanpa siasat bicara
Kalau betul mereka pengkhianat bangsa
Adili mereka di mahkamah yang ada
Bukan tahan mereka ikut suka
Sedangkan Kiai sudah bebas di Indonesia
Tiada bukti si Kiai itu pengganas antarabangsa
Tapi Satria cuma penuntut bukan guru agama
Masih ditahan masuk tahun yang kelima
Guru dah lepas anak murid masih dipenjara

Kalau TV3 ada rancangan Bersamaku
Siarkan penderitaan anak yatim piatu
Atau dillema wanita yang menjadi balu
Namun ramai yang tidak ambil tahu
Dan ramai yang tidak tampil membantu
Keluarga mangsa Akta Zaman Batu
Kepada siapa mereka mahu mengadu
Sudah tak tertahan menanggung rindu
Anak bertanya bila akan pulang ayahku
Isteri pula masih setia dan sabar menunggu
Entah sampai bila Allah saja yang tahu

Wahai saudara
Tadah tanganmu untuk berdoa
Bantah akta yang bertentangan dengan agama
Mufti-mufti pula digesa keluarkan fatwa
ISA jelas bertentangan kehendak agama
Kami tahu mufti-mufti sudah selesa
Janganlah keselesaan jadi agenda utama
Jangan pula kamu takut pembesar negara
Ulama hanya takut kepada Allah sahaja
Keluarkan fatwa mansuhkan ISA segera!

Keris Silau
25 Jun 2007

2 comments:

Unknown said...

Kalau sudah kata begitu
Apa lagi yang mahu ditunggu
Mari semua bertalu-talu
Kita demand mansuhkan ISA itu.

Syabas, sungguh memilukan hati.

Anonymous said...

Ya, memang betul. Kita kena giatkan kempen mansuhkan ISA.