Thursday, June 28, 2007

Islam itu Mudah (Siri 3)

Islam tidak memayahkan umatnya
Jika seorang sedar melakukan dosa
Dia tak payah jumpa imam atau sesiapa
Atau kena cucuk seluruh anggota
Dia cuma perlu bertaubat nasuha
Menadah tangan memohon doa
Talian terus dengan Allahutaala
Tanpa perlu melalui perantara

Islam itu mudah rupanya
Tidak susah seperti yang disangka
Umpama apabila seorang berpuasa
Tak perlu ludah air liur setimba
Tak batal kalau jari masuk rongga
Tak batal kalau taruh eyemore di mata
Tak batal kalau kena injek di paha
Tak batal kalau makan tak sengaja
Tak bakal kalau tersentuh wanita
Jadi kita tak perlu berbuka dan qada

Islam itu senang dalam beribadat
Contohnya dalam menunaikan solat
Jikalau kita tak tahu arah qiblat
Arah mana pun boleh tak batal solat
Jikalau tak ada kopiah atau kain pelikat
Tak jadi hal asalkan menutup aurat
Seluar ada lubang kecil pun tak batal solat
Begitu juga dengan kaum Muslimat
Tak perlu kain telekong bila nak solat
Solat anda sah jika menutup aurat
Jikalau sentuh budak yang belum bersunat
Tak rosak saf dan tak batal solat
Niat solat tak perlu cukupkan 19 syarat
Jenuh nak takbir dan nak ingat
Sebab tu nampak ada orang macam penat
Takbir punya lama mata pejam rapat-rapat

Wahai saudara dan saudari
Islam is easy just like ABC
So don’t indulge in difficulty
Memayahkan agama hendaklah dihindari
Takut yang baru masuk cabut lari
Baru shahadah terus suruh masuk jawi
Mana kawan tak pucat dan very worry
This is what happened in some negeri
Pegawai agama yang tak lulus universiti
By the way Negeri Perlis is quite lucky
They have the most qualified Mufti
The only mufti with PhD
Walaupun ramai kata dia Wahabi
Mengajar bab agama mirip Saudi
Alahai janganlah risau Dr. Asri
Orang yang kata tu pun ada PhD
PhD mereka ialah Perangai hasad Dengki

Keris Silau
28 June 2007

Wednesday, June 27, 2007

Perjuangan Yang Belum Selesai

RM50 juta untuk bina satu sekolah kebangsaan
Dengan bangganya Satu Lagi Projek Barisan
Kita gembira dengan usaha dibuat kerajaan
Supaya seluruh rakyat menerima pendidikan
Tapi kita rasa RM50 juta sudah berlebihan
Membina sekolah tak mahal seperti disangkakan
RM25 juta sudah cukup dan masih tinggi keuntungan
Tak percaya tanya kontraktor kelas bawahan
Tapi RM25 juta ialah kos untuk beri suapan
Kepada mereka-mereka yang berkenaan
Tak kiralah menteri atau pengarah pelajaran
Atau pegawai dari kerajaan tempatan
Dalam bentuk komisen atau pakej pelancungan
Projek lanskap sudah melebihi jutaan
Cuma tanam bunga taik ayam sebagai hiasan
Dan lampu-lampu yang bergemerlapan
Mungkin sebelah malam buat kelas tambahan

Ini baru satu projek yang kita bincangkan
Tak lagi projek buat hospital atau jambatan
Projek membina rumah-rumah kakitangan
Projek melebarkan dan menurap jalan
Projek menyediakan dan membekalkan makanan
Projek membekalkan PLKN punya kelengkapan
Projek menambahkan peralatan peperangan
Projek membaik-pulih bocor punya bangunan
Tak terkira banyaknya projek yang ditawarkan

Kalau kita agak semua tu RM30billion lah katakan
Dan kita agak 20% untuk kos memberi suapan
Berapa jumlahnya wahai tuan-tuan?
RM6billion boleh bina istana bertatahkan berlian
Penduduk Pulau Pinang boleh dapat satu lagi jambatan

Lingkoplah negara ini kalau rasuah masih diamalkan
Lihatlah Singapura kita punya jiran
Bukan negara Islam dan tak baca Quran
Tak malu ka mereka yang mengaku beriman
Islam Hadhari yang dilaung-laungkan
Perjuangan yang belum selesai sebagai slogan
Mana nak selesai kalau asyik makan hasil suapan!!!

Keris Silau
27 Jun 2007

Monday, June 25, 2007

Apakah Salah Ku?

Satria hanya orang biasa
Hidup sederhana di desa
Namun tidak suka buang masa
Suka ikuti kuliah dan ajaran agama
Menimba ilmu supaya penuh didada

Di desa ada seorang kiai dari Jawa
Orangnya alim berperibadi mulia
Mengajar orang kampung tuntutan agama
Termasuk jihad melawan si durjana
Namun siKiai tidak dapat bertahan lama
Kerana disyaki militan oleh pihak berkuasa
Lalu diekstradisi Kiai ke negeri asalnya

Satria sedih mendengar berita
Guru yang mengajar ilmu agama
Guru yang mengajak manusia ke syurga
Guru yang memberi amaran tentang neraka
Ditangkap pihak kerajaan Indonesia
Kerana ditekan kerajaan Amerika

Kesedihan Satria tidak berakhir di situ saja
Pada pukul 4 pagi datang sebuah kereta
Diketuk kuat pintu hingga semua terjaga
Kami mahu Satria keluar segera
Kami hendak tahan Satria
Satria bertanya apa salah saya
Ikut kami kebalai jangan tanya apa-apa
Isteri dan anak-anak terpinga-pinga
Nak minta tolong dengan siapa
Suami dibawa pergi begitu saja
Jaga anak baik-baik wahai Laila
Pesan Satria kepada isteri tercinta
Mungkin abang pergi tidak lama

Kini sudah lima tahun Satria di Kemta
Ditangkap dan dimuatkan di penjara
Dihumban ke penjara tanpa siasat bicara
Di sel sempit hidup merana
Mental dicabuli jiwa disiksa
Badan yang sihat tinggal rangka

Satria dituduh bersubahat bersama
Untuk bikin kacau-bilau satu negara
Tapi dituduh tanpa siasat bicara
Ini betul-betul kes aniaya
Yang tidak bersalah jadi mangsa
ISA ni apa punya akta??
Tahan orang tanpa siasat bicara
Kalau betul mereka pengkhianat bangsa
Adili mereka di mahkamah yang ada
Bukan tahan mereka ikut suka
Sedangkan Kiai sudah bebas di Indonesia
Tiada bukti si Kiai itu pengganas antarabangsa
Tapi Satria cuma penuntut bukan guru agama
Masih ditahan masuk tahun yang kelima
Guru dah lepas anak murid masih dipenjara

Kalau TV3 ada rancangan Bersamaku
Siarkan penderitaan anak yatim piatu
Atau dillema wanita yang menjadi balu
Namun ramai yang tidak ambil tahu
Dan ramai yang tidak tampil membantu
Keluarga mangsa Akta Zaman Batu
Kepada siapa mereka mahu mengadu
Sudah tak tertahan menanggung rindu
Anak bertanya bila akan pulang ayahku
Isteri pula masih setia dan sabar menunggu
Entah sampai bila Allah saja yang tahu

Wahai saudara
Tadah tanganmu untuk berdoa
Bantah akta yang bertentangan dengan agama
Mufti-mufti pula digesa keluarkan fatwa
ISA jelas bertentangan kehendak agama
Kami tahu mufti-mufti sudah selesa
Janganlah keselesaan jadi agenda utama
Jangan pula kamu takut pembesar negara
Ulama hanya takut kepada Allah sahaja
Keluarkan fatwa mansuhkan ISA segera!

Keris Silau
25 Jun 2007

Friday, June 22, 2007

Bodoh Lagi!

Bodoh punya MP
Keluar dari mulut Nazri
Dalam parlimen punya sessi
Kit Siang tanya pasal Dato Johari
Yang disiasat Anti Corruption Agency
Kit Siang also questions his Ministry

So when the debate turns ugly
Bocorlah perkataan rasmi
Daripada mulut kita punya menteri
Maka jadilah sessi maki-memaki
Susah nak control by Ramli

Words like Bodoh is derogatory
In parliament it is being used daily
To accuse the opposite party
Very uncivilized bunch of MP

A message to Dollah Badawi
To duplicate your March 2004 victory
Please ensure there is no such monkey
Becoming laughing stock internationally
And will become Barisan’s liability
If you still select those MP
Such as the close one-eye MP
Or the one like bocor MPs
Or the one with the first name Say Me
I don’t think you will get my undi
Those brought embarrassment to the country

Keris Silau
22 June 2007

Adakah kita sudah merdeka?

Negara kita akan menyambut 50 tahun merdeka
Banyak yang dicapai sebagai sebuah negara
Kita ada menara berkembar tertinggi di dunia
Proton pengeluar kereta kebanggaan negara
Kita juga ada F1 litar sirkit lumba kereta
Rumah papan sudah diganti rumah pangsa
Pusat kerajaan sudah dipindah ke Putrajaya
Pembangunan negara menjadi agenda utama
Sungguh pesat pembangunan di merata-rata
Sehingga terpaksa impot buruh Indonesia
Dulu jalan sempit sekarang ada lebuhraya
Dulu kedai runcit sekarang pasaraya
Dulu hospital kerajaan sekarang hospital swasta
Dulu tv hitam putih sekarang sudah ada tv warna
Dulu ada satu dua channel sekarang tak terkira
Dulu baca akhbar sekarang ada siber raya
Dulu panggung Rex sekarang Golden Screen Cinema
Kehidupan mewah dinikmati semua bangsa
Tidak kira Melayu Cina atau India

Tapi itu semua pembangunan fizikal semata-mata
Janganlah kita terlalu berbangga
Di sebalik merdeka kita masih jadi hamba
Lihatlah statistik yang disiarkan media
Orang Melayu masih duduk di tempat pertama
Jadi hamba kepada dadah ganja dan marijuana
Di Pusat Serenti yang paling ramai orang bumiputra
65% dari penagih ialah Melayu Bumiputera
Kadar jenayah sudah setanding negara Amerika
Tiap-tiap hari ada kes bunuh dilapurkan di media
Kita tak dapat bayangkan anak bunuh ibubapa
Tapi sekarang sudah jadi macam perkara biasa
Baik di bandar maupun di desa

Kita jadi hamba kepada material dan dunia
Agar tercapai impian sanggup lakukan apa saja
Hatta makan rasuah dan komisen berjuta-juta
Rasuah sudah jadi sebati dengan mereka
Kerana rasuah tak dapat dikawal pihak berkuasa
Jenayah terancang masih bergerak bebas sentiasa
Indeks rasuah semakin teruk malu kat Singapura
Indeks moral juga tidak ke mana-mana
Pelacuran sudah tidak dapat dikawal berleluasa
77% kes anak luar nikah ialah Melayu Bumiputera
Majalah dan video lucah ada di mana-mana
Bahan-bahan yang merosak minda remaja
Sepatutnya lebih banyak universiti di Malaysia
Semakin kuranglah jumlah penjara
Namun penjara sesak macam pasaraya

Hiburan melampau sudah melanda kita
Tengoklah pengaruh Akademi Fantasia
Sanggup menangis kerana Mawi atau Mila
Artis terkinja-kinja tanpa nilai jadi idola
Bukan saintis, negarawan atau ahli sastera
Remaja sudah kurang minat untuk membaca
Kalau perpustakaan ditutup buat sementara
Siapa pun tak marah atau demonstrasi di jalanraya
Tapi kalau kita tutup semua TV sehari sahaja
Alamat yang bagi cadangan kena pukul kepala

Merdeka bukan setakat mengibar bendera
Bukan setakat menyebut Merdeka Merdeka
Bukan naik motosikal ramai-ramai keliling kota
Bukan hanya tunjuk kekuatan polis dan tentera
Atau cuma pandai anjurkan konsert terbuka
Sehingga tengah malam artis terkinja-kinja
Syarikat arak pula sponsor arak percuma
Ini bukan cara kita sambut merdeka
Walaupun dihadiri oleh pemimpin negara
Tetapi jiwa kita masih belum merdeka

Kemerdekaan hendaklah diisi ikut agama
Hendaklah bersyukur kepada Allah Maha Esa
Lihat semula perjuangan Nabi kita
Bagaimana sahabat nabi kecapi merdeka
Merdeka dari penghambaan sesama manusia
Bilal ibni Rabah satu contoh cukup nyata
Hamba tetapi mempunyai jiwa yang merdeka
Setelah menerima nur dan hidayah Allah taala
Itulah generasi al Quran yang terulung di dunia
Islam membebaskan mereka dari cengkaman manusia
Rom dan Parsi tumbang kepada Iman dan Taqwa
Padahal sebelum itu mereka cuma pengembala

Di ambang 50 tahun Merdeka,
Keris Silau
21 Jun

Wednesday, June 20, 2007

Masih Rahsia

Dah dua hari berita yang sama
Mungkin sama hari yang ketiga
Perbicaraan pembunuhan wanita
Yang berasal dari negeri Mongolia
Diberi nama Altantuya @ Amina

Defendan utama ialah Razak Baginda
Tiada kena mengena dengan istana
Cuma namanya macam nama raja
Dia adalah penganalisis politik negara
Sangat rapat dengan orang nombor dua
Sebab tu kita dengar banyak cerita
Pelbagai versi bergantung kem yang mana
Kem no 2 kata dia sudah dianaiya
Kem tingkat 4 pun boleh tahan juga
Kata ini nombor 2 punya angkara
Budak-budak UTK tu kerja dengan dia
Anwar kata ini semua pasal 500 juta
Komisen beli kapal selam dan senjata
Di Ijok Anwar cabar nombor 2 saman dia
Nombor 2 kelu untuk berbicara
Menghangatkan lagi spekulasi semasa
Selepas beberapa hari baru nafi terlibat sama
Tapi masih takut nak saman si Nana

Dalam perbicaraan hari kedua
Saksi kata Altantuya minta 1.75 juta
Dan tiga tiket penerbangan antarabangsa
Bagi kami rakyat biasa
1.75 juta nak korek kat mana
Tapi bagi orang macam Baginda
1.75 juta rasanya macam lekat celah gigi saja
Kita pun tak tahu sebab apa
Altantuya minta sampai 1.75 juta
Kalau tidak katanya dia pecah rahsia
Rahsia apa masih jadi tandatanya?

Keris Silau
20 Jun 2007

Kisah Duit Seringgit

Bersedeqah satu amalan mulia
Bukan hanya di bulan puasa
Tetapi sedeqah tidak kira masa
Bukan waktu senang sahaja
Waktu susah pun dituntut juga

Nabi memberi jaminan kat kita
Yang bersedeqah tak akan kurang harta
Lihatlah para sahabat di zamannya
Abu Bakar dan Umar contoh yang nyata

Tapi zaman sekarang sudah berbeza
Ramai yang suka menderma
Bukan sahaja seringgit malahan sejuta
Hebat apabila kita lihat angka
Namun menderma itu ada lain makna
Ada yang mahu mendapat nama
Gelaran Datuk atau Datuk Paduka
Tulis cek besar-besar belaka
Dipaparkan dan dihebohkan media
Kalau ada majlis amal yang jual meja
Kerana JPM menyambut Hari Keluarga
Terpaksa tulis cek beli 40 meja
Sebab wa ampu sini wa ampu sana
Bukan murah harga kabel Putrajaya
Nak menagih 2-3 projek mega
Setakat 40 meja sap sap soi saja

Sebab tu duit seringgit ngadu kat kita
Kata dia lima puluh ringgit jalan merata
Tengok bola atau Akademi Fantasia
Atau melancung naik flight Air Asia
Atau masuk kocek orang ternama
Tapi seringgit tidak dapat ke mana-mana
Cuma duduk dalam tong masjid saja
Atau di usung oleh orang buta!

Keris Silau
20 Jun. 07

Marrabooka

Ramai wanita yang kecewa
Pak Lah tak pilih mereka
Bukan mereka tak lawa
Malahan ada yang kuat agama
Ada yang janda dan ada anak dara
Ada yang muda dan ada yang berusia
Tapi masih anggun tak makan tua
Ada yang putih melepak macam Nasha
Ada yang sawo matang macam Tiara
Ada yang hitam manis macam Mila
Ada yang rambut blonde macam Anita
Bujur sirih hidung mancung semua ada

Namun Pak Lah sudah buta cinta
Dia cuma nampak Serani jaga Seri Perdana
Itulah pilihan orang nombor satu Malaysia
Lalu dibawa isteri barunya ke pusara
Nak perkenalkan kepada bini lama
Pokok yang kena air pun berzikir dan doa
Hang pandailah buat cerita
Dan dia bawa bini baru pergi istana
Nak perkenalkan kepada raja kita
Tapi langsung tak ikut protokol istana
Selendang dan tudung tak ada
Malulah kat Agung yang jauh lebih muda
Lalu dibawa pergi istana Sultan paling kaya
Dua-dua permaisuri pakai tutup kepalaBukan baru tapi memang sudah lama
Tapi apa nak dikata
Kalau boleh engkar suruhan Allah taala
Nak peduli apa arahan manusia

Ingatlah, kita ni sudah semakin tua
Tak lama lagi dipanggil Azzawajala
Dalam kubur malaikat tanya Marrabooka
Bukan nak kata Mirrabooka ada di Australia
Habis kita nak jawab macam mana
Adakah Allah tuhan kita
Kalau ya kenapa engkar perintahNya
Sudah jelas dalam Quran dan sunnah nabi kita

Jangan kata pakai tudung kecil punya perkara
Bertudung ialah untuk menjaga kehormatan wanita
Pakai tudung buat maksiat dua perkara berbeza
Padri gereja pakai salib besar sehasta
Tapi ada juga mencabul kehormatan wanita
Untuk orang kurang fahaman agama
Bacalah al Quran dan terjemahannya
Siapa-siapa pun boleh baca
Itulah sumber ilmu yang utama
Ambil yang ori buang yang hadari kata
Contoh sudah jelas didepan mata!

Keris Silau
19 Jun 2007

Tuesday, June 19, 2007

Islam itu Mudah (Siri 2)

Islam adalah agama yang mudah
Tetapi ramai yang salah terjemah
Termasuklah ustaz atau ustazah
Tak tulin macam yang dibawa Rasulullah
Ini membuatkan umat kita jadi lemah
Wajah sebenar Islam telah berubah
Oleh itu ramai berpandangan salah
Bukan sahaja celaru dalam bab ibadah
Malahan juga dalam bab aqidah

Itu sebenarnya muqadimmah
Tulisan mengenai Islam itu mudah
Bukan-Muslim tak nampaknya indah
Mereka nampak Islam agama payah
Nak masuk Islam pun kita buat susah
Tak berapa petah nak lafaz shahadah
Terus dikatakan keIslaman tidak sah
Ini contoh yang berlaku di Kedah
Bukan rekaan tapi benar punya kisah

Ustaz kita asyik ajar bab taharah
7 jenis air diulang-ulang dalam kuliah
Remaja dah belajar ianya disekolah
Kadang-kadang berenti kat bab jinayah
Sebab ustaz tak lulus belajar di Kaherah
Dia suka tengok tv dari menghadiri kuliah
Bila balik kita panggil dia ustaz atau ustazah
Kita ingat dia pandai semual hal fiqah
Dan dia pun berlagak macam Mufti Makkah
Keluarlah jawapan yang banyak bercanggah
Kalau di hospital ada GP dan pakar bedah
Kita tak jumpa GP kalau kena sakit barah
Kacau kalau GP cuba selesaikan masalah
Yang sakit barah akan bertambah parah
Silap diagnos dan silap ubat pencegah
Ijazah BA tak sama dengan Doktor Falsafah


Berbalik dengan soal ibadah
Kotor sedikit tak jadi masalah
Tapi ada orang kata solat tak sah
Sebab tu ramai orang sakit tak solah
Sebab kadang-kadang kain ada darah
Kadang-kadang terkena muntah
Kita keluarkan fatwa yang payah
Kalau sihat pun susah solat di rumah
Ini di hospital dapat lesen fardu kifayah
Kalau ada orang buat yang lain tak payah
Ada yang bagi alasan kiblat tak tau arah
Atau mulut sakit tak boleh baca AlFatehah
Atau nak ambik wuduk air tak cukup dua kolah
Ya Allah kan orang sakit diberikan rukhsah

Kalau buat haji dan umrah
Yang mudah akan jadi payah
Umpamanya dalam bab fidyah
Dan apabila melontar jamrah
Miqat di Mina dan Mudzalifah
Dan apabila tawaf keliling kaabah
Bahu kiri tidak boleh ubah
Kekadang terlanggar sesama jemaah
Walaupun berubah tapi masih lagi sah
Ada yang ustaz ajar haji kata tak sah
Ini satu lagi contoh ibadah jadi payah
Kalau tersentuh antara Haji dan Hajjah
Maka wuduk terbatal ini juga masalah
Kena mula semula keliling Kaabah
Macam-macam ada di Makkah
Macam solat jama’ tamam di Arafah
Fatwa dikeluarkan oleh sahibus samahah
Bikin keliru semua jemaah
Inilah contoh yang mudah jadi payah
Kalau empat senawi jadi mufti begini jadilah

Keris Silau
Jun 18 2007

Thursday, June 14, 2007

Melayu Baru

Sekarang dah ada Melayu Baru
Tuan-tuan mungkin sudah tahu
Kalau pada malam Sabtu atau minggu
Mereka berpasangan tanpa segan silu
Berdua-duan tanpa rasa malu
Berpeluk-pelukan melepaskan rindu
Pakai seluar singkat sampai nampak bulu
Kadang-kadang macam tak pakai baju
Tapi mereka rasa mereka dah maju

Hiburan agenda utama Melayu Baru
Bila sambut Merdeka atau Tahun Baru
Terkinja-kinja macam masuk hantu
Menjerit-jerit macam anak minta susu
Kepala terhoyong-hayang mendengar lagu
Tak percaya tengok AF malam Sabtu
Tak peduli nak solat walau dah masuk waktu

Ini sebenarnya agenda Barat dan sekutu
Bagi umat Islam lalai dengan hiburan selalu
Tengoklah di TV hiburan bertalu-talu
Dari telenovela hinggalah filem hantu
Melayu tengok tanpa bosan dan jemu
Macam mana otak Melayu tak beku
Asyik tengok TV dan malas baca buku
Cuma mengharap kismis untuk membantu

Kalau ada pesta tentu ada Melayu
Termasuklah pameran dan pesta buku
Sebab sebenarnya ada artis di situ
Sebab apa yang Melayu jadi begitu
Mengapa tak ramai Melayu cari ilmu
Kerana ilmu sebenarnya adalah penentu
Penentu masa depan dan hala tuju

Kita lihat indeks sosial melibatkan Melayu
Seks bebas, mat rempit dan hisap candu
Yang ada duit pula ecstacy dan syabu
Kesemuanya Melayu nombor satu
Gejala yang membawa Melayu jadi haru-biru
Tak boleh tegur nanti kena baling batu

Marilah kita semua buat sesuatu
Termasuklah ibubapa dan cikgu-cikgu
Aktivis sosial dan cendikiawan dari u
JIM ABIM dan Teras Keupayaan Melayu
Mufti-mufti dari Perlis hingga Terenganu
Bangunlah dari kerusi empuk mu
Jangan takut kepada individu tertentu
Tak boleh harap mereka yang meruntun nafsu
Nyatakan kebenaran walau pahit bak hempedu
Sebab umat Melayu sudah berada di ICU
Keadaannya tenat dan cukup sembilu
Berikan penawar supaya baik macam dulu
Semoga Allah turut memberi restu!

Keris Silau
14 Jun 2007

Wednesday, June 13, 2007

Lumpur Memenuhi Kuala Lumpur

Kalau orang datang KL kali pertama
Dia terus faham mana KL dapat nama
Lumpur yang meliputi seluruh kota
Setelah hujan lebat akibat La Nina
Orang tua-tua pandai bagi nama
Nama yang kekal tak ditelan usia
Kuala Lumpur itulah namanya

Jenuh pekerja-pekerja Bandaraya
Mengepam dan mencuci jalanraya
Pak Lah respon seperti biasa
Saya nak dibersihkan segera
Seperti apa yang berlaku di Putrajaya
Dan juga makhkamah di Jalan Duta

Tapi banjir bukan di KL sahaja
Tetapi berlaku di Sydney dan China
Kita tidak salahkan sesiapa
Banjir kilat yang berlaku di tengah kota
Walaupun itu kerja Menteri Kerjaraya
Atau mungkin salah orang ramai juga
Yang buang sampah merata-rata
Mungkin juga global warming punya fenomena
Cuaca sudah tidak menentu jadinya
Kalau panas, lebih panas dari biasa
Kalau hujan, hujan lebat dari biasa
Kalau ada petir, lebih banyak dari biasa
Bumi kita sudah hampir ke penghujungnya
Hari Qiyamat sudah hampir tiba
Yang akan berlaku bila-bila masa!

Keris Silau
13 Jun 2007

Monday, June 11, 2007

Nak buat macam mana, itu pilihan hati Pak Lah

Wanita Kepala Batas tulis surat
Suruh Kak Endon tutup aurat
Barulah sesuai dengan masyarakat
Dan juga kehendak syariat
Pak Lah kata Endon agak liat
Dia dah suruh tapi Endon tak nak buat

Setelah kak Endon pergi
Pak Lah nak kawin lagi
Sebagai pemimpin tertinggi
Dan pelopor Islam Hadhari
Pak Lah must be exemplary
Termasuklah kehidupan hari-hari
Pak Lah kata dalam Damai Abadi
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Jadi ini adalah panduan memilih isteri
Berdasarkan panduan kitab suci
Cari yang cantik kata nabi
Coming from a good family
Atau kuat beragama tambah nabi
But the best one according to nabi
Is the one with strong faith to Almighty
Anda jadi hakim dalam hal ini
Bukan untuk menghukum Badawi
Tapi menilai pemimpin kita punya peribadi
Don’t tell us ini jodoh kehendak Illahi
Jangan salahkan Tuhan dalam hal ini
Dalam AsSaff Allah amat benci
Orang-orang yang kelakuan sebegini

Kita bukan tak suka dia bernikah
Tapi kita terkilan tak sudah-sudah
Umur tu sesuai tak jadi masalah
Bekas biras pun tak jadi masalah
Keturunan pun tak jadi masalah
Dulu dia kata Endon tak endah
Tapi hang ada masa Pak Lah
Untuk cari calun yang berpurdah!

Keris Silau
11 June, 2007

Thursday, June 07, 2007

Pak Lah Jadi Raja Sehari

Pak Lah pelopor Islam Hadhari
Tak lama lagi dapat seorang isteri
Tukang penyedap tiang seri
Combi-combi frust gigit jari
Terlepas jadi isteri Perdana Menteri
Pak Lah pilih adik-ipar bekas isteri
Semua dah berkenan kata Khairi
Spokesperson untuk Kamal dan Nori
Auntie Jeanne tidak asing bagi kami

Majlis akad nikah is for family only
If you are not invited very sorry
Just a simple akadnikah ceremony
Pak Lah don wan any dowry
If you are sending gift send them to me
I will donate to all charity body
But expensive gift can close one eye only
Expensive gift is like Porsche or Ferrari
Rolex, Patek Phillipe, Omega or Bvlgari
Small gift like Selangor Pewter or Crabtree
Ucapan tahniah boleh taruh Utusan and NST
Since UMNO owned both company

Kenapa I pilih nak kahwin lagi
Itu satu soalan peribadi
Anyway masih banyak ruang di hati
Tapi I tak kahwin lebih dua isteri
Itu you all dont worry
I bukan miang keladi
I just need a company
Since I am very lonely
And you know I am old already
Who want to take care of me
Anyway lama dah ni
You know lah mana tahan lagi
Don’t offer me any Tongkat Ali
I will go slow and steady
Honeymoon of course luar negeri
Tak main lah Pangkor or Langkawi
Naik I punya jet peribadi
Nak main aci lot with my new isteri
Itu Menteri Budaya dia sudah perli
Dia kata I akan lebih bertenaga lagi
Nanti I pecat dia jadi Hantu punya menteri
Okay lah joke only
Nothing to do yang hidup atau yang mati.

Keris Silau
June 7, 2007

Pak Lah Nak Menikah

KS ingin ucapkah tahniah
Kepada Datuk Seri Abdullah
Dan juga Jeanne Abdullah
Hujung minggu akan bernikah
23 Jamadialawal 1428 Hijrah
Awal-awal kami dah cakap dah
Pak Lah kata itu semua rumors lah
Lain kali sebutlah InsyaAllah
Jodoh adalah ditangan Allah
Kalau ada jodoh saya akan bernikah

Sekarang sudah tiada rahsia lagi
Pak Lah akan jadi raja sehari
In a simple ceremony
Di kediaman rasmi Perdana Menteri
Diijab kabul sebagai suami isteri
Pak Lah tak payah risau lagi
Ada orang nak kejut dari tidur pagi-pagi
And no longer become lonely
Jeanne will be there to accompany
And Jeanne will be the First Lady
Rosmah atau Nori boleh berhenti

Pak Lah ada plan nak buat kenduri?
Kami nak juga rasa nasi beriani
Tapi kalau Pak Lah pakai duit sendiri
Kalau Pak Lah suruh orang subsidi
Kami bloggers tak sudi pergi
Kami sanggup go hungry
Anyway kepada Pak Lah Badawi
Congratulations dari kami
Semoga Pak Lah terus happy!

Keris Silau
6 June 2007

Wednesday, June 06, 2007

Dua Kali Lima

Kalau anda menonton rancangan 999
Anda pasti kenal dia punya wartawan
Kita namakan dia si Polan
Lidah petah membuatkan kita tertawan
Hentam penjenayah dan juga mat gian
Kata mereka ini patut terima hukuman
Siap dengan penumbuk punya gengaman
Menampakkan sipolan punya kebencian
Terhadap penjenayah punya kegiatan
Kita ingat nak bagi sipolan sanjungan
Kerana dia berani menyatakan kebenaran
Tiba-tiba kena tangkap polis pula sipolan
Tangkap syur bersama kawan-kawan
Termasuk kawan yang menerbit rancangan
Dan juga dua orang kawan perempuan

Dua kali lima jugalah dengan mat gian
Kerja mengacara tu sebenarnya lakunan
Macam artis berlakun jadi wartawan
Kini TV3 kena ambik kihidmat guaman
Harap-harap terlepaslah sipolan
Kalau tidak mana nak tutup kemaluan
Mungkin ini penjenayah punya umpan
Mungkin sipolan cuma cuba-cubaan
Nak tau dadah punya pukulan
Tapi buat test silap haribulan
Tak bagi tau balai polis berkenaan

Apa pun ini dia pengajaran
Begitu juga dengan pemimpin atasan
Cuma berlakun dalam ucapan-ucapan
Kadang-kadang sanggup menjunjung Quran
Angkat sumpah dalam dewan
Kata mengambil rasuah satu kesalahan
Rasuah boleh membawa kepada keruntuhan
Memberi dan menerima wang sogokan
Tidak kira komisen beli peralatan peperangan
Atau bagi AP menambahkan kekayaan
Atau guna kuasa turunkan tandatangan
Untuk melepaskan orang dalam buangan
Juga menerima hadiah berupa intan berlian
Bot mewah siap dengan segala perhiasan
Diatas nama menjalinkan hubungan

Ikut macam Rasulullah nabi junjungan
Apabila wafat tak tinggal harta atau emas berlian
Cuma tinggal pakaian dan kain serban
Atau sahabat nabi seperti AbdulRahman
Seorang yang kaya dari hasil perniagaan
Namun iman tak terjejas dek kekayaan
Hidup sederhana bukan bermewah-mewahan

Keris Silau
4 Jun 2007

Saturday, June 02, 2007

Maya Karin Senyum Kat Saya

Dalam perjalanan nak pergi kerja
Maya Karin tersenyum manja
Sambil itu dia kata kat saya
Dengan Celcom anda berkuasa
Saya hairan terpinga-pinga
Apa yang buat saya berkuasa
Bolehkah saya memiliki dia
Apa yang dimaksudkan berkuasa
Saya cuma pekerja biasa
Kerja pula dekat kilang swasta
Gaji sikit tidaklah seberapa
Nak makan roti canai kawan belanja
Sebab mamak sudah naikkan harga
Dulu tujuh kupang sekarang seringgit dua
Itulah harga terbaru di Restoran Pelita

Habis kuasa apa yang dimiliki saya
Sampai ke hari masih jadi tandatanya
Bukan setakat berkuasa memiliki Maya
Malah kami belum pernah berjumpa
Tapi hari-hari dia senyum kat saya
Dengar kata dia sudah ada yang punya
Nama dia mula dengan huruf Ka
Tapi itu desas-desus internet punya cerita
Kita bukan boleh percaya
Tapi kadang-kadang ada logik juga
Sebab bini dia tak lah lawa
Tapi anak pembesar negara
Jadi Ka tersepit antara cinta dan cita-cita
Terlepaslah Maya Karin kat saya

Habis tu apa dia yang berkuasa
Berkuasa membuat panggilan rasanya
Berkuasa untuk berSMS di mana jua
Kalau macam tu tak yah suruh Si Maya
Termpampang wajah artis pujaan saya
Di simpang jalan dan dilebuhraya
Celcom buang karin aja!

Keris Silau
31 Mei 2007