Friday, April 20, 2007

Ijok Seiras Lunas

Tiba-tiba keadaan menjadi cemas
Sudah bertukar menjadi ganas
Teringat aku pilihanraya Lunas
Peristiwa di Lunas kembali diimbas
Penyokong parti bertindak buas
Sampai kena ketuk pemandu bas
Sebab pengundi hantu boleh lepas
Kedua-dua penyokong bertindak balas
FRU tak teragak-agak sembur gas
Maka larilah macam kudung punya lipas
Member sebelah pun lari cargas
Cari mutu nak lari pi Merbau Pulas
Bila sembur sesak dada sesak nafas
Nak kencing pun tak mau lawas
Menitik-nitik tak mau tas
Celaka punya FRU masih tak puas
Pukul dengan cota pula dengan keras
Darah mengalir pekat dan panas
Oh Lunas sejarahmu kembali mengimbas
Kini Ijok pula menjadi pentas
Hero utama pun sudah bebas
Turun pula reformis dari Paya Jaras
Untuk menentang gagak Kepala Batas
Menantu main peranan tukang kipas
Kita lihat siapa menang siapa tewas
Tetapi tuan-tuan awas
Hantu-hantu Lunas akan dilepas
Dah ada sembunyi belakang pokok kapas
Dan dah ada yang sudah tempah bas

Keris Silau
20 April 07

4 comments:

Pa'chik said...

maaf enche,
semalam saya amek sajak yang damai abadi tu. Pasal saya amek dari malaysia today, saya cuma kreditkan nama keris silau saja. Hari ni baru tau kewujudan blog ni. Baru saja saya ubah semula link ke blog ni. Maaf ye.

Keris Silau said...

tak pe, amik lah.

Anonymous said...

Salam Keris Silau,
Sedih baca kisah Ijok. Orang tak berdosa dipukul, dihina. Kadang2 terfikir pula, yang selalu buat susah orang2 melayu adalah bangsa sendiri. Macam tak ada esok bila dah mengamok. Bila agaknya mereka nak sedar? Aunty hanya mampu berdoa saja. Sajak2 memang menjadi kesukaan saya dan keluarga. Saya baca dan saya print supaya anak2 boleh ambil jadi panduan. Anak saya Laila (form 4) ada gunapakai satu dari sajak Keris Silau untuk di baca dalam kelas. Sekarang tambah ramai peminat Keris Silau. Bukan apa, supaya yang muda kenal warisan kita. Salam
Aunty Yeh

keris Silau said...

Wow! Ambik sajak keris silau dan baca dalam kelas. Itu satu penghormatan buat saya. Ambik yang mana satu? Dan sekolah mana?

Keris Silau