Tuesday, July 04, 2006

Politik Atau Prinsip?

Ada segolongan ahli-ahli parti
Kalau dulu sebut Dr.M memang anti
Macam-macam gelaran depa beri
Mahafiraun Mahazalim macam-macam lagi
Ada yang kata Mahathir Mamak Kutty
Ada yang sanggup kencing kat kubur dia nanti
Hari-hari hentam DrM dalam HarakahDaily
Tapi bila TunM hentam Pak Lah Badawi
Dan juga menantu Pak Lah, Khairy
Yang lebih berkuasa dari Perdana Menteri
Semua depa sorak gembira happy
Sampai nak lantik Ketua Opposisi
Dan bila Tun M datang kat Taman Melawati
Semua berebut nak salam secara peribadi
Tersipu-sipu senyum sampai nampak gigi
Mudah lupa rupanya Melayu ni
Apa Tun M kata mengenai janggut nabi
Apa Tun M buat kepada mujahid Memali
Apa Tun M buat kat kita punya Datuk Seri
Tun Mantan tuduh Anwar lakukan sodomi
Apa Tun M buat kat kita punya judiciary
Apa Tun M lakukan kepada Nik Adli
Tun M hentam Harun Din punya air jampi
Nak sebut memang banyak lagi
Tapi cukup sampai disini
Supaya kita kena cukup berhati-hati
Mereka mungkin pakai songkok aji
Tapi mereka lebih pentingkan politik parti

Keris Silau,
Penang.

1 comment:

simpang-kiri said...

Hasil sastera yang menarik :)

Memang ramai yang kecewa dengan tindak tanduk PAS. Sebenarnya tindak tanduk mereka itu akan merugikan diri dan Parti mereka.

Akibat dari sikap pemimpin PAS yang memilih pendekatan sebegini, ramai ahli2 nya sendiri yang keliru. Mahathir semakin dibenci, tapi pemimpin PAS semakin sayang pada si tua itu.

Bagilah alasan apa sekalipun, jelas sikap PAS ini merugikan partinya. Hujah PAS yang cuba menggunakan sirah Rasullulah,kisah para sahabat dan pepatah arab susah mahu ditelan oleh rakyat. Hujah dari rakyat lebih mudah difahami :- OPPORTUNIST