Wednesday, July 26, 2006

Gejala Dadah

MansyaAllah apa nak jadi sekarang
Anak bunuh emak dengan parang
Melibatkan adik kepada Sultan Pahang
Anak pula mati overdos sungguh malang

Itu dia bahaya ketagihan dadah
Sanggup buat perkara yang ditegah
Kita ingat cuma melanda golongan menengah
Tapi tak kira pangkat tinggi atau rendah
Melibatkan remaja walaupun masih bersekolah
Penyakit kronik ni nak ubat payah
Ini yang merisaukan ramai ibu ayah
Sebelum ini seorang bapa kena sesah
Dan seorang isteri dibunuh suami dalam rumah
Penagih sanggup lakukan apa saja kerna dadah
Rompak, samun, curi, pukul, dan apa sajalah
Demi untuk muaskan nafsu serakah
Untuk keluarga diraja Pahang kami ucapkan takziah

Pak Lah kena bagi prioriti selesaikan masalah
Jangan buat macam program perangi rasuah
Buat sekerat jalan tangkap Eric Chia dan Kasitah
Lepas tu diam dekat tiga tahun dah
Mana Tun M tak kata pimpinan yang lemah
Para akademik kena kaji gejala dadah
Kena buat research punca masalah
Para ulama pula diseru tekankan dalam kuliah
Walaupun nasihat mufti ramai buat tak endah
Namun kita perlu main peranan dalam dakwah

Ibu bapa zaman ini banyak cabaran
Lihatlah saja berapa banyak program hiburan
Sudah kurang minat anak nak ngaji Quran
Dadah pula merupakan punca kerosakan
Sanggup lakukan apa yang kita tak boleh bayangkan
Apa yang terjadi di Pahang jadikan pedoman
Kita sentiasa ingatkan anak kita takutkan Tuhan
Allah ada di mana-mana melihat kita punya kelakuan
Banyakkan program yang boleh menguatkan Iman
Jangan kita asyik sibuk dengan pekerjaan dan perniagaan
Mereka memerlukan kita punya perhatian
Selain program agama aktifkan mereka dengan sukan
Bukan aktifkan dengan prabayar itu punca kelalaian
Sukan membina disiplin dan juga kekuatan
Ini semua kita lakukan untuk kebaikan
Oleh itu anak kita tak ambik benda setan
Senang cakap tapi susah nak lakukan
Perlukan banyak kita punya pengorbanan
Demi menjamin anak-anak kita punya masa depan


Sekadar peringatan untuk diri saya dan rakan-rakan
Yang mempunyai anak laki-laki dan perempuan

Keris Silau,
26 Julai 2006.

Keris Silau ingin mengucapkan Takziah kepada Keluarga diraja Pahang diatas kematian adinda Sultan Pahang dan anaknya. Juga tidak dilupakan, takziah kepada keluarga Allaryaham Hani Mohsin yang meninggal dunia semalam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh mereka semua.

1 comment:

Anonymous said...

Your site is on top of my favourites - Great work I like it.
»