Thursday, July 13, 2006

Media Massa

Macam mana Siti Nurhaliza boleh tersangkut
Dengan Dato K umur sikit sudah lanjut
Sedangkan ramai jejaka hensem macam Robert Redford
Itulah cinta dari hujung kaki hingga hujung rambut
Macam tajuk lagu Siti yang tengah hot
Wartawan pun kenapa bikin ribut-ribut
Sehingga kes cerai Dato K pun dia orang report
Dato K pun dah tak sabar-sabar dia takut kerepot
AlAttas ambik kesempatan tulis buku macam Da Vinci Code
Tajuk dia tak berapa nak elok “Dah Itchy Kot?”

Itulah berita hangat dari biasa
Nak bagi laku suratkhabar mereka
Semuanya gosip dan sensasi belaka
Tak caya tengok cerita Mawi dan x-tunang Ina
Macam mana Mawi putus tunang budak Felda
Kita pun beli sebab nak tahu cerita
Tapi itulah kesukaan orang kita
Artikel yang ilmiah tak suka baca
Suka masuk sampah sarap dalam minda
Sebab tu begitu laku majalah Mangga
Kita ingat buah mampelam rupanya buah dada
Dan majalah lain seperti Gila-gila dan Mastika
Cerita hantu dan jin tak ada langsung nilai sastera
Dan begitu juga novel-novel remaja
Tak habis-habis cerita fantasi cinta
Semakin khayal dibuatnya remaja kita
Kita ingin tanamkan minat membaca
Tapi bukan baca bahan yang rosak minda
Dahlah di TV tunjuk artis terkinja-kinja
Tak cukup dengan Akademi Fantasia
Kita masukkan rancangan Mencari Cinta
Yang surirumah terpaku tengok telenovela
Kurang sekali orang menonton Forum Perdana
Apalagi Bicara Menteri itu memang propaganda
Sebab 10 yang dicakap 1 pun susah nak percaya

Golongan intelek kena kaji peranan media massa
Dalam menentukan arah tuju sesebuah negara
Lihatlah impak filem P Ramlee bintang lagenda
Banyak cerita beliau seperti Penarik Beca
Digambarkan kebakhilan dan sombong orang kaya
Orang miskin selalu jadi baik dan dianaiya
Sebab tu orang Melayu lebih suka jadi miskin dan papa
Dihipnotis P Ramlee dalam minda kita
Mungkin P Ramlee tidak bermaksud demikian rupa
Itu mungkin dia punya Getaran Jiwa.


Keris Silau
July 13 2006

2 comments:

Anonymous said...

Greets to the webmaster of this wonderful site. Keep working. Thank you.
»

Anonymous said...

Greets to the webmaster of this wonderful site! Keep up the good work. Thanks.
»