Dulu kawan kini lawan
Dulu boleh minum secawan
Dulu boleh makan sepinggan
Dulu sanggup cium tangan
Kini sanggup sumpah Quran
Rela untuk dilaknat Tuhan
Demi untuk mengaibkan rakan
Sebab tu hati-hati pilih kawan
Ikutlah satu perumpamaan
Berkawanlah dengan penjual wangian
Kita sebagai kawan dapat haruman
Kalau kawan tukang besi dapat percikan
Mungkin api terpercik ke badan
Bila hampir jadi pemimpin nombor satu
Kau cakap semua dibawah setuju
Mereka tepuk tangan bertalu-talu
Kini kau sudah jadi seteru
Apa yang kau cakap semuanya tipu
Dulu bila lawat Amerika Syarikat
Kau dilihat punyai pengaruh yang kuat
Sebab dapat layanan baik dan hebat
Kini bila kau ke sana untuk melawat
Kau dituduh ejen Yahudi yang dilaknat
Dituduh ejen yang bocor maklumat
Kalau berucap ramai yang bagi pujian
Sekarang ni orang yang sama beri kejian
Itulah resam dunia wahai kawan-kawan
Zaman sekarang banyak perubahan
Dulu Apple dan Blackberry cuma buah-buahan
Kini kedua-dua buah tu boleh buat panggilan
Begitulah dunia politik masakini
Kalau dulu semua sibuk Islam Hadari
Islam Hadari Terengganu Bistari
Sekarang sudah tidak dengar lagi
1Malaysia pula disebut sana-sini
Bila naik PM baru itupun tolenji
Semasa kau ditampuk kekuasaan
Ramai dikeliling ambil kesempatan
Minta projek dari Kementerian Kewangan
Ramai kaya-raya dengan hanya satu tandatangan
Ada yang jadi Pengerusi Bank Simpanan
Ada yang dapat pink form berkepingan
Bila dipecat semua tak ngaku jadi kawan
Tinggallah beberapa orang dalam saf depan
Yang tak dikenali jadi hero di jalanan
Kena pukul sampai darah berlumuran
Inilah mereka yang sanggup berkorban
Mereka tak minta projek tak minta jawatan
Namun kekadang kita lupa beri penghargaan
Maaf kalau tersinggung cuma satu peringatan
Supaya tak berulang lagi kawan jadi lawan
Banyak nama nak sebut dari SK ke Nalakarupan
Mungkin banyak sungguh ujian dari Tuhan
Dipukul dipenjara dilondeh dan diaibkan
Semua itu sebahagian dari perjuangan
Semoga Allah memberi kemenangan kepada kebenaran.
Keris Silau
5 May 2011
Thursday, May 05, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ahhh..cantikk..cantikk..
Tuan Keris Silau, Mohon kebenaran utk copy & paste dlm FB saya, OK kah?
MKMR, silakan. Atau masuk FB saya dan share.
Post a Comment