Jangan salah sangka
Kalau jadi kaya bahagia
Mungkin kaya tapi sengsara
Duit dalam bank berjuta
Tapi hidup penuh derita
Mungkin miskin tapi hati gembira
Hidup aman walaupun tidak berharta
Sebab nikmat bahagia Allah yang kurnia
Jangan salah sangka
Rumah besar macam istana
Bilik besar tilam empuk selesa
Tapi tidur tidak nyenyak lena
Tidur malam tapi selalu terjaga
Mungkin yang tidur di kaki lima
Atau mereka yang dipenjara
Lebih nyenyak tidur mereka
Sebab nikmat tidur Allah yang kurnia
Jangan salah sangka
Makan di restoran berjenama
Semuanya lazat dan sedap belaka
Kekadang lidah tak dapat merasa
Simiskin makan secukup rasa
Nikmatnya sedap tidak terhingga
Sebab nikmat rasa, Allah yang kurnia
Begitulah kita hanya hamba
Hamba kepada Maha Pencipta
Kalau bumi bagaikan debu dicakerawala
Manusia cuma sebesar zarah sahaja
Allah sahaja tempat penggantungan kita
Kalau mereka nak berbuat apa-apa
Mereka hendak menghalang kita
Namun jika Allah tidak mengizinkannya
Maka tidak akan berlaku apa-apa
Sebab Allah sahaja pemberi redha
Kerajaan Allah lebih besar berkuasa
Tidak boleh dihalang oleh sesiapa
Jika Allah mahu memberi nikmatNya
Orang humbankan ulama dalam penjara
Orang sangka mereka akan berjaya
Membawa dukacita dalam jiwa mereka
Tidak, sebenarnya mereka gembira
Orang halang rezeki ulama pewaris anbiya
Orang sangka mereka akan lapar dahaga
Namun orang soleh tidak mati lapar dahaga
Jika mereka soleh, Allah urus mereka
Orang tembak mati pejuang agama
Orang sangka tentu mati dalam sengsara
Namun Allah telah menjanjikan syurga
La tahzan innallahu maana
Jangan bersedih Allah bersama kita!
Keris Silau
2 May 2011
(sebahagiannya dikutip dari Kuliah DrMAZA di IQ)
Monday, May 02, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment