(this posting is intended for daei only)
Kami perlukan pendakwah
Tak semestinya ustaz ustazah
Tak semestinya balik Kaherah
Tak perlu pakai kopiah
Tak perlu kena berjubah
Tak semestinya yang bertauliah
Tak semestinya jurusan shariah
Tak perlu handal berceramah
Tak perlu handal berkhutbah
Tak perlu berlughatul arabiyah
Tak perlu menang musabaqah
Tak semestinya Haji atau Hajjah
Tak semestinya Syed atau Sharifah
Pertama niat ikhlas kerana Allah
Kalau tak ikhlas baik tak payah
Setiap tingkahlaku adalah qudwah
Contohnya solat subuh berjemaah
Walaupun masjid sebelah rumah
Tapi asyik solat subuh gajah
Tahu tak apa tu subuh gajah
Waktu matahari dah naik dah
Kalau dia tau ganjaran berjemaah
Merangkak kat jalan pun dia redah
Jangan bagi alasan tak munasabah
Seperti pulang lewat dari usrah
Bagaimana mahu lakukan islah
Kalau jiwa kita masih lemah
Sebagai pendakwah kena amanah
Tengok setengah ajk qaryah
Orang ramai infaq fisabilillah
Kawan kita pula pecah amanah
Bayar hutang pinjaman rumah
Niat nak pinjam pun ditegah
Duit lalu depan mata maklumlah
Jadi kelabu mata tengok not merah
Tiap-tiap Jumaat orang sedeqah
Tulis besar-besar berapa jumlah
Macam bubu masuk tak keluar dah
Elok guna untuk tujuan daawah
Bukan disimpan kutip faedah
Atau guna bantu orang susah
Atau buat tusyen budak sekolah
Program ilmu dan kuliah-kuliah
Program khusus untuk belia qaryah
Supaya elak dari merempit dan dadah
Masjid merupakan rumah Allah
Pusat pengembangan dakwah
Bukan hanya solat dan aqadnikah
Sebab tu ada perkataan imarah
Memakmurkan rumah Allah
AJK kena quwwah dan amanah
Tak semestinya dari parti pemerintah
Yang hanya mai bila VIP singgah
Bacalah ayat 18 surah atTaubah
Mereka yang memakmurkan masjid Allah
Solat zakat wa man yakh sha ilalLah
Tidak takut siapa kecuali Allah
Itulah serba sedikit ciri pendakwah
Keluar tajuk sikit cerita masjid Allah
Yang penting akhlak para pendakwah
Akhlak berdasarkan peribadi Rasulullah
Serulah dengan hikmah dan hasanah
Hikmah adalah Quran dan Sunnah
Jangan tinggi suara cepat marah
Bukan suatu jalan yang mudah
Tak ada sapa bentang karpet merah
Banyak rintangan dan mehnah
Banyak kata-kata kesat serta fitnah
Dilemparkan kepada pendakwah
Sabar dan solat mohon pada Allah
Tugas kita sebagai khalifah
Atas muka bumi ini lakukan islah
Mentaliti yughair atau ubah
Ikut junjungan besar Rasulullah
Berdasarkan alQuran dan Sunnah
Jangan kita pula gugur rebah
Sebab syaitan ada atas dan bawah
Mahu menyesatkan dalalah
Semoga Allah memberi Rahmah.
Keris Silau
9 Mei 2011
Monday, May 09, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment